Barakallah : Raikan Cinta



Tahniah buat member sekelas dari Form3 Al-Bukhari sampailah ke Form5 Ibnu Sina atas perkahwinan beliau dengan pasangan. Member AB yang perempuan tu ye. Tak sangka pulak dia yang naik pelamin dulu antara rakan sekelas dulu. Kalau dah jodoh, ye tak. Hehehe. Semoga berkekalan ke akhirat. Dikurniakan anak comel-comel and good luck for your Master.

Bila member sekelas dah ada yang naik pelamin, and kawan-kawan sebaya yang lain pun pakat naik pelamin hujung tahun ni, maka bermulalah soalan cepumas. : kau bila lagi? Hahahaha..hanya mampu tersenyum danbagi jawapan yang sama : Tunggu kerja dulu. Next two weeks pulak classmate AB masa sekolah rendah pulak nak kahwin. Musim orang kahwin sekarang ni. Dengan cuti sekolah lagi.


Antara rakan satu sekolah yang datang. Sikit je, ada yang tak dapat datang sebab kerja. Cikgu-cikgu pon ramai yang tak dapat jumpa sebab datang tak sama waktu. Naseb pakai heels, nampak la tinggi sikit. Kalau tak kat tengah-tengah tu pendek je. Hahahahha

Papehal pun, selamat pengantin baru buat semua yang melangsungkan perkahwinan. Semoga majlis kalian berjalan lancar dan diberkati. Selamat melangkah ke alam rumah tangga.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment