TESL Dinner 2014 : Great Gatsby Gala

Assalamualaikum semua ! Rasa macam dah lama tak update blog ni. Memang lama pon sebenarnya. Gara-gara balik kampung, event dan jugak takda mood. Tertelan vitamin M banyak sangat ni. Entry kali ni nak share sikit pasal event terbaru hari Sabtu. 

Pada Sabtu lepas 8 November 2014, Bac Edu TESL UPM ada buat dinner night. Tema untuk tahun ini ialah : Great Gatsby Galan. Tujuan dinner ni adalah untuk meraikan senior final yea. AB ler tuu. Setiap tahun, event ni diadakan untuk pelajar tahun akhir dan dikelolakan oleh pelajar tahun dua. Macam course-course lain juga, TESL pon ada bagi nama untuk setiap batch. 

Final year : TITANS
3rd year : SPARTANS
2nd year : VALIANTS
1st year : BABIES

Tapi nama-nama tu batch tu akan pilih sendiri. Tapi untuk 1st year, memang wajib bawak nama BABIES, bila diorang masuk 2nd year barulah boleh tukar nama lain yang diorang pilih sendiri. Senior-senior kitorang pun macam-macam nama ada. Contohnya TESLICIOUS, ROCKERS, TERRORS. Ganas-ganas semua nama. Hahahaha. *rasa macam dah pernah story je pasal nama-nama ni*

So, untuk dinner meraikan TITANS malam tu, batch VALIANTS yang organize. Overall komen about the dinner AWESOME !. AB boleh cakap the most awesome TESL dinner everrrrrr. Million thanks to VALIANTS for the dinner. Memang awesome, superb, touching. Hahahaha.

Ok, bebel panjang sangat. Dinner tu diadakan di Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Start from 8pm-11pm. Dan dinner kali ni jugak menjadi sejarah bilamanTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Soaib Asimiran sendiri menghadirkan diri. Dalam ucapan beliau, beliau juga mengatakan ini kali pertama beliau menghadiri dinner yang dianjurkan oleh TESL. Terharu denn ! 
Dr Soaib tengah bagi speech.

Selain tu, macam biasa penasihat TESL CLUB Madame Juridah pon datang. Dan lagi sorang VIP yang jugak sangat jarang datang majlis macam ni, Dr Arshad Abd Samad, Penasihat Akademik TITANS. Kire bapak kami ler tuuu.

Errr..nak story ape lagi ye. Jom belanja gambar.





Dengan Dr Arshad.

Dengan VIP. Dr Arshad, Dr Soaib, Mdm Juridah.




Ok, dahhhh. Tak dan ler AB nak upload semua gambar kat sini. Hehehehhe. Agak touching sepanjang persembahan dan wishes dari BABIES, VALIANTS dan SPARTANS. Tahun last dapat bersama-sama macam ni. Sem depan pon dah tak dekat UPM lagi. Again, thank you VALIANTS. That night is the most memorable night. Takkan lupa sampai bila-bila. Love you all BABIES, VALIANTS, SPARTANS and of course TITANS.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments: