Tutorial : Bunga Stokin




Assalamualaikum..
Tadaaaaaaa...okay, tetibe mood nak buat tutorial and this is my first tutorial ever !! Excited ya disitu . =D

Korang tahu tak bunga stokin tu ape? Ni contoh yang AB dah buat. Untuk makluman semua, tutorial ni AB repost semula dari blog lama AB yang akan ditutup Insyallah tak lama lagi.




Haa..jangan berani-berani cakap tak lawa. Dushh kang !
Okay. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
~stokin
~dawai halus
~gunting
~benang
~reben
~acuan yang BULAT (botol,cawan or apa-apa yang korang ada)
stokin and dawai tu korang boleh dapatkan kat kedai kraftangan or kedai jual barang-barang orang nak kahwin ( bukan kedai mak andam yee).



Langkah-langkahnya :
1. Ambil dawai dan ikat pada acuan. Potong lebihan dawai. Bentukkan dawai mengikut kehendak korang.

Ni hasil selepas ikat kat acuan. Bentuk depends pada korang. AB buat bulat je =)


2. Masukkan dawai kedalam stokin. Tarik stokin sehingga tegang. Kemaskan bahagian bawah stokin dan ikatkan dengan benang. Lepas dah ikat tu, boleh potong lebihan stokin. Ingat, jangan membazir.

 

 

4. Buat banyak-banyak kelopak. Bilangan depends pada kehendak korang.

 
Tadi AB buat bulat wayar dia, tapi bila dah dok tekan-tekan untuk pastikan stokin tu tegang, dah jadi rupe gini pulak. Tpi tak kesah la. Asalkan lawa.


5. Untuk jadikan dia sekuntum bunga, ikat satu demi satu kelopak tu. Tindihkan antara satu sama lain dan pastikan ianya kemas, lawa dann seimbang. Tak nak senget benget. Yang bahagian tengah tu, korang boleh letak apa-apa je ikut suka korang. Macam AB, letak lebihan stokin yang dah dibonjotkan dan diikat kemas.

 

Siap lapis pertama bunga. AB buat 3 kelopak je dulu. Lapisan tu depends pada korang nak buat berapa. AB buat 3 lapis. Untuk lapis kedua dan seterusnya pun sama. Susun dan tindih kelopak bunga tu dengan kemas.



Ni hasilnya yang AB buat. Okay. dah siap semua tu, korang kemaskan bahagian bawah bunga. Make sure takde benang or lebihan stokin yang serabai kat bawah. Lepas tu, korang boleh la lilit bahagian bawah tu dengan reben or pita pelekat yang kaley-kaler tu. Ala, macam yg selalu ada kat batang bunga telur tu. Kalau nak lawa lagi, boleh letak glitter kt kelopak bunga tu. Kasi dia sparkling- sparkling sikit. Eksklusif gituuuu.

Bunga ni korang boleh buat untuk hiasan rumah ke, bunga telur orang nak kahwin ke, bunga untuk orang convocation ke, or what so ever la. Sebab ada orang tak suka bunga hidup, dia kata tak tahan lama.Hehehehe. So, harapnya korang faham la apa yang AB membebel ni. Kalau tak faham boleh tanya la ye. Jangan malu jangan segan.


 







Haaa...yang ni yang dah siap jadi jambangan. Tahun lepas punya projek ni. Bagi MrA masa dia konvo. Yang ni bunganye kecik-kecik. Yang untuk tutorial atas tu bunganye besar.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

5 comments:

  1. wahh AB!! Cantik sesangattt!!

    ReplyDelete
  2. amboi amboi amboi....kretip2222!!! :D hehehe

    ReplyDelete
  3. Stokinng? Macam tak, haha
    Nanti nak try terjah apa itu stokin.

    ReplyDelete