Lampu Signal Kenderaan


Ehem.. kali ni entry nak mengamuk sikit. Aceewahh. AB baru balik dari bandar ni. Macam biasa la kat tengah jalan raya yang super sibuk, lagi pulak time budak office keluar rehat memanglah jalan busy giler. Yang buat AB bengang ni adalah sesetengah manusia yang tak reti mengaplikasikan kegunaan lampu isyarat kat kereta/motor/lori/bas/bajak tu dengan betul.

Harap korang yang memandu tu sila lah pasang signal bila nak belok or nak berhenti tepi. Mana yang tak pasang tu anda telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Itula jadinya sampai eksiden berlanggar dengan orang depan.

Lagi satu selalu jadi time situasi macam ni :

abaikan lukisan dan kaler yang comot tu

Punye la kita tunggu sebab ingat dia nak straight je, alih-alih belok. Perghhh..membara je rasanya hati iniii. Haihh..AB selalu jugak jadi mangsa mcm kereta biru tu. Wahai anda yang macam kereta merah tu, sila la ubah ye sikap memandu tu.

Banyak sebenarnye situasi yang membuatkan diriku ini bengang dengan orang yang tak reti pasang signal. Yang nak keluar dari parking pon satu hal. Alih-alih terjojol kepala / belakang kereta dia. Sakit jantung kalau kene macam tu. Tu yang kadang-kadang rasa nak keluar jugak streering lock *EH*
Hahahahhaha..gurau jerkkkk ^_^

Anda-anda semua beli kenderaan tu siap dengan lampu signal, bukan kene add on pon. Bayar pon sama je. So, silalah guna ye demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya yang lain. Mana yang signal rosak tu, boleh la guna alternatif ala-ala zaman amik lesen dulu. Keluarkan tangan, lambai-lambai tiga kali. Kalau nak belok kiri, keluarkan tangan kiri, kalau nak belok kanan, keluarkan tangan kanan. Hang jangan pi lambai mat bangla tepi jalan sudah lerr. Nak keluarkan tangan pon tengok jugaklah kenderaan dari belakang, karang hilang sebelah tangan, masalah lain pulak timbul.

Okaylah, till then. 
Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

6 comments:

  1. Walaupun ABM tak bawak kereta, dan takde lesen, ABM bengang juga kalau benda camnie berlaku huhuhu

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..AB yang bawak motor ni pon bengang jugak kalau kena..huhuhuhu

      Delete
  2. haaaa. yg ni akak biasa kena ni... geram betul mcm ni tau.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..sama laaa..selalu sangat kene kat junction..

      Delete
  3. Huhuhu sedih ngan org yg tak reti camni kan AB

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..sedih, marah, bengang..tapi tu la..sabarrr je laaaa =)

      Delete