Road to Internship

Alhamdulillah, haritu kami satu kelas dah settle daftar untuk sesi praktikal secara online. Kat UPM ni kalau daftar praktikal bawah Fakulti Pangajian Pendidikan memang secara online. Fakulti lain, wallahualam.  


Kami ditawarkan dua negeri iaitu Selangor dan Melaka untuk dipilih sebagai tempat praktikal, taaaaaapi lecturer kitorang lagi happy kalau kitorang pilih Melaka. So, untuk mengelakkan sebarang rasa tak best lecturer tersebut keatas batch kitorang, kami semua pilih Melaka sebagai destinasi melancong praktikal. 

AB lagi suka pilih Melaka sebab sangatt dekat dengan Muar. Taip-tiap minggu boleh rempit balik kampung. Muahahahhaha. Iye la sangat tiap-tiap minggu nak balik. Memang tidak ler, lagi-lagi cikgu praktikal.

Sekarang ni kami cuma redha je la dapat sekolah mana. Harap-harap dapat la sekolah yang membolehkan AB mengharungi 3 bulan praktikal tanpa sebarang masalah yang teruk. Oh lagi satu, AB start praktikal tahun depan, lepas cuti Raya Cina. Fuhh..cuak niii.

Nanti habis je semester ni awal Januari depan, dah kena start cari bilik sewa kat area sekolah. Harap-harap jumpa la. 


Jangan lupa join >> GiveAway by Gobokita : Aksara Biru <<

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments:

  1. best la praktikal di melaka. boleh jalan2. hehe. selamat berpraktikal ab!

    ReplyDelete
  2. muahahaha rindu lagi zaman praktikal hehehe

    ReplyDelete