Tragedi di Kuantan

Perghh...tajuk tak boleh blah ye. Tragedi la sangat. Masa AB kat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan tu, ada la kejadian yang tidak diingini berlaku keatas AB. 

Malam kitorang sampai kat sekolah tu, lepas makan dan meeting ringkas dengan Guru Bidang dan juga guru Bahasa Inggeris kitorang berkumpul kat dewan makan. Untuk siapkan segala preparation untuk program esok harinya.

Lepas dah settle tolong packing goodies bag, AB pi la kacau orang lain. Heheheh. Takde keje dah masa tu. Masa dok jalan dalam dewan makan tu entah macam mana AB tersepak tiang batu ni. Perghhhhhh..sakit jugak la. Tapi AB tak expect akan jadi teruk. Kawan-kawan yang lain dah sibuk kerumun tengok kaki. Diorang cakap berdarah. Okayh. 'Darah je pon. Tak de bende ni' dalam hati la dh cakap macam tu.

Lepas tu diorang suruh AB naik bilik terus. Tak payah tolong apa-apa lagi. Dah naik bilik baru la AB boleh tengok kesan perlanggaran kaki dengan tiang tu.


Huarghh..baru sampai dah dapat hadiah. Masa tu baru rasa pedih gilerr dengan berdenyut-denyut masa nak tidur. Dua hari dapat bertahan tanpa apa-apa ubat mahupun minyak. Hari last sempat terjah laut. Masa tu tak fikir sakit dah. Fikir seronok je. Hahaha

Balik UPM je, Isnin haritu AB pergi Pusat Kesihatan Universiti. Hajatnya nak mintak antiseptik ke ubat sapu ke. Tapi doktor terus bawak pi unit rawatan untuk cabut kuku. Ngehhhhh


Nah, hulur je la kaki tu. Lepas sembur entah angin sejuk ape and bisu dah tak rasa apa-apa dah. Tak sampai 5 minit dah siap cabut kukunye.


Selamat tinggal lah ye wahai kuku. Ku tunggu kuku baru pulak.


Ps: jangan lupa join GiveAway AB ye >>> KLIK SINI <<<



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. ughhh.. kenapa besar sgt gambar part luka tu. sharp pulak tu gambarnya.. ngilu terasa. lemah betul bab kuku2 ni.. (T___T)

    btw., newbie yang sedang berjalan-jalan. salam mesra!
    http://hzinnirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...alhamdulillah..sekarang dah ok dah..=) terima kasih sudi singgah sini ye

      Delete