Berkawan Bukan Ikut Darjat




“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


Dalam berkawan ni, kadang-kadang ada juga kita tersilap langkah. Akibat terlalu memilih, dapat pulak kawan yang diibaratkan sebagai peniup api. Yela, mungkin sebab kita pon tak de la baik sangat. Tapi janganlah sampai pilih kawan ikut darjat. Jangan sampai pilih kawan untuk kesenangan sendiri. Jangan sampai pilih kawan untuk cukupkan kuota berkawan je.

Jangan pilih kawan sampai ikut darjat. Orang tu selalu shopping kat pasar malam, kau rasa dia tak layak kawan dengan kau. Mak bapak dia bukan orang kaya macam mak bapak kau. Mak bapak dia takde kebun berekar-ekar macam mak bapak kau. Kau tak boleh buat kawan kau ikut gaya kau. Nak bezakan baju pasar malam dia dengan baju Zara kau.

Jangan pilih kawan untuk kesenangan sendiri. Friends for benefit. Yang kau kutuk mengata tu la yang tolong bila kau susah. Tolong buatkan assignment, tolong ajar mana tak paham. Tolong bawak kau shopping kat Pavillion, Zara, Alamanda, yang jemput kau dari aiport time kau balik KL. Itu semua dengan kereta dia. Kenapa kau tak bawak kereta sendiri je? Bila kau dah ade kawan lain yang boleh usung kau shopping kehulu-kehilir, kau tinggalkan dia. Tiga tahun kau dah gunakan dia. Lepas tu membegak cakap orang lain yang berkawan untuk kepentingan.

Jangan pilih kawan untuk cukupkan kuota berkawan. Sesetengah orang akan fikir benda ni lawak. Kawan pon ada kuota? Hahahahha. Iyelah. 1st place dalam list berkawan kau mestilah ada kereta. Senang la nak usung kau kehulu kehilir. Nak shopping kat mana. Nak makan kat restoran mana. 2nd and 3rd place dalam berkawan kau cuma nak cukupkan orang. Bagi tak rasa sunyi la kalau pergi berdua je.  Ada yang memeriahkan suasana. 4th place, kau bukan nak sangat pon kawan dengan dia. Tapi sebab kau dah terrrrrrrapat dengan dia, kau kawan je lah. Kalau ada peluang untuk kau singkirkan dia, kau akan buat.

Mungkin ni macam luahan hati. Ye, ini memang luahan hati. Kenapa tak cakap dengan tuan punya badan? Sebab dah malas nak cakap. Kita pon pernah rapat. Aku memang tak expect akan jumpa kawan yang baik, rapat, memahami masa kat universiti ni. Tapi tak sangka pulak aku jumpa yang lagi teruk dari aku expect. Semoga sesiapa yang membaca ni berhati-hati dalam berkawan. Lagi-lagi bila kat universiti. Macam-macam perangai kita jumpa.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

5 comments:

  1. jom kita berkawan...saya orang biasa2 jer...hihi

    ReplyDelete
  2. perit... dah banyak kali terkena atas mcm2 alasan dan Alahamdulillah.. tak sangka kawan yg selalu gaduh tu, itulah kawan susah senang. org yg kita x jangka. hargai org yg Allah hadirkan di sekeliling kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak leh expect siapa baik siapa tak. yg penting kita kna ikhlas buat baik..kan2.. :)

      Delete
  3. jom kita kawan.. biasalah sis, sedangkan sedara pn boleh putus nikan plak kawan. halalkan apa kita penah bagi dan maafkanlah kesalahan dia. hati kita tenang.. Ai sendiri penah kena banyak kali, sampai dah lali.. :)

    AKU DAN KAMU: TIPS NAK PANJANGKAN USIA

    ReplyDelete