Atok Dah Tak Ada


Tengah malam Rabu lepas, AB terima berita pemergian atok ayah AB. Dugaan kedua buat keluarga kami selepas pemergian pakcik AB, Rahman dua bulan yang lepas. Kurang lebih 93 tahun atuk AB menumpang diatas bumi ALLAH ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Pemergian beliau adalah atas faktor usia dan kesihatan. Minggu lepas atok jatuh dari basikal sewaktu dia nak pergi mengeteh. terus admitted kat Hospital Tangkak sebab tulang punggung patah.

Janji ALLAH. Kun fa ya kun. Yang hidup akan mati tanpa lewat sesaat atau cepat sedetik pun dari janjiNya.

Walaupun tak sempat jumpa sebelum pengebumian, tapi Alhamdulillah sangat AB masih diberi peluang untuk merasai pengalaman ada atok. Sebab mbah lanang sebelah abah, AB tak sempat jumpa. 

Agak tertekan jugak emosi sebab AB memang tengah bergelumang denga Final Year Project dan Isnin ni pulak ada presentation untuk projek tu. May ALLAH ease everything. Mintak-mintak la panel in a good mood dan tak tanya banyak.

jumpa lagi nanti. Al Fatihah untuk atok dan Pak Man.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. alfatihah.. takziah ye.. semoga semuanya berjalan dgn lancar

    ReplyDelete
  2. Takziah saudari.. Innalillah.. good luck in presentation..

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah dari aku dan keluarga. Sabar dan terima dengan redha okay?

    ReplyDelete
  4. salam takziah.. semua akan pergi dan kita pula akan menyusul.

    ReplyDelete