Terbaik Dari Langit : Memang Terbaik !


Bila airmata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat
Terima kenyataan
Tak usah terus berduka 
Dan menangis macam bayi


Tengahari semalam sempat la tengok Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Director yang sama untuk filem KIL yang banyak gilaaa menang anaugerah kat Festival Filem Malaysia 26 last year. What to say about this film ? Macam filem-filem indie lain, cerita ni jugak kena tengok dari hati. Deeeeeeeeeeepp. Terbaik Dari Langit jugak tercalon dalam Festival Filem Antarabangsa Tokyo, tapi tak memenangi anugerah. 

Kalau korang expect nak tengok cerita straight to the point, korang silap beli tiket. But, seriously cerita ni best ! Meh nak bagi sinopsis pendek. Pendek je la ye. 

Cerita ni berkisarkan kisah 4 orang sahabat yang nak shooting cerita pasal UFO. So, diorang pon follow la idea sorang member ni yang konon-konon dah siap calculate tarikh UFO tu akan keluar based on pengalaman dia masa sekolah dulu. Sepanjang shooting tu macam-macam la perkara terjadi. 

Barisan pelakon utama :  Iedil Putra, Bront Palarae, Nadia Nissa, Megat Sharizal Mohamed Yusoff, Sharifah Amani and Amerul Affendi.
Turut mewarnai cerita Terbaik Dari Langit adalah pelakon yang muncul secara cameoAnne James, Mamat Khalid ,Dain Iskandar Said, Allahyarham Aziz Satar, Zahiril Adzim, Aidil Rusli dan Nam Ron.

First rule tengok cerita ni : Jangan assume sesuatu dengan cepat. Tengok, tengok dan tengok sampai habis. Jangan baru 2 scene dah pepandai assume jalan cerita macam mana, ending macam mana.

Second rule tengok cerita ni : Jangan sempitkan fikiran. Buka minda, buka hati.

Third rule tengok cerita ni : Jangan expect storyline dan ending macam cerita mainstream.

Forth rule tengok Terbaik Dari Langit : Enjoy !




“Sesuatu yang dibuat mesti dengan jujur dan ikhlas. Teruskan.”


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment:

  1. AB....nk alamat please :D email: siti.aisya.ibrahim@gmail.com

    ReplyDelete