Panduan Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia




Alhamdulillah..selepas lebih setahun beroperasi barulah onlineshop AB berjaya didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. OK nak bagi panduan sikit untuk sesiapa yang tak tau macam mana nak daftar syarikat kat SSM ni.

Item yang perlu dibawa ke SSM :
1.Kad Pengenalan pemilik.
2.RM70
3.Pen Hitam
4.Senarai nama untuk cadangan nama syarikat. AB cadangkan sila la sediakan lebih dari 5 nama.

Cara-caranya :
1. Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mintak borang pendaftaran syarikat.

2. Isi borang guna pen hitam dan huruf besar. Panduan ditampal di information board berdepan dengan tempat isi borang.

3. Ada 3 helaian yang anda kena isi. 
- borang PNA2
- borang A (2 pages)





4. Untuk nama syarikat, tulis 3 nama pilihan anda. Sesetengah pegawai akan tanya maksud nama tersebut. So better la cari jugak maksud nama2 yang anda nak cadangkan sebagai nama syarikat.

5. Dalam borang tu ada tulis tarikh permulaan perniagaan. Anda boleh backdatekan tarikh kurang 30 hari sebelum tarikh daftar. Lebih dari tu kena denda. Ala..bab tarikh ni memang AB tulis tarikh hari daftar je. Hahahaha

6. Dah siap isi, bawak borang tu ke kaunter pertayaan semula. Pegawai kat kaunter tu akan check semua maklumat dah diisi dengan betul baru dia bagi no giliran.

7. Bila tiba giliran anda, pegawai kaunter akan check nama2 pilihan. If semua nama cadangan dah digunakan oleh company lain, masa ni lah keluarkan senarai nama cadangan yang lain.

8. Done bab nama. Bayaran RM70 dikenakan. Sole RM70, yang partnership AB tak tau.

Resit


9. Lepas tu sila tunggu dalam setengah jam untuk pegawai proses maklumat syarikat. Dan be alert ya, pegawai akan panggil nama anda. No giliran dah tak guna masa ni. Pegawai akan serahkan 4 helai dokumen A4 size. Kat situ ada tulis no SSM anda dan nama syarikat dan maklumat-maklumat lain.

10. Siap! Jangan lupa ucap terima kasih kat pegawai 😊


Okayhhh..jom shopping kat Gobokita !!



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. tq for sharing.. tahniah dh berdaftar.. AB jual apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou qaseh..macam2 ada..wideshawls,jubah,skirt,boiuse,kimono cardigan,hijab pin..jom la follow insta gobokita ye :)

      Delete
  2. 'renyah' jugak procedure dia yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betolll..banyak step..ulang alik pi kaunter je..hehehhe

      Delete