Checklist Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)




Assalamualaikum..

Alhamdulillah petang tadi ada yang bawa berita gembira untuk graduan Ijazah Pendidikan. Kami diberitahu tarikh temuduga yang akan kami hadiri. Alhamdulillah AB kena 12 April ni di Putrajaya. Siapa yang saing dengan AB tu, jom jumpa nanti! Boleh kenal depan-depan. Hehehehe

AB difahamkan di Semenanjung cuma buka satu pusat sahaja iaitu Putrajaya. Sebab dulu AB mohon kat Shah Alam. Tapi semua dapat di Putrajaya kecuali kawan-kawan yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, AB nak share sikit la tips-tips yang dishare oleh kawan-kawan AB yang lain.

CHECKLIST SPP

DOWNLOAD DOKUMEN
✅List dri Spp
✅Result Exam
✅Slip Panggilan IV
✅Pengiktirafan Jpa
✅Surat Tamat Latihan Program pismp

Sahkan SEMUA dokumen

Recheck Rancangan Pengajaran Harian

PAKAIAN
✅Blazer ikut standard
✅Nametag
✅Kasut hitam kulit bertutup:
✅Skema baju utk L & P

- Stokin samada hitam (lelaki) atau coklat (perempuan). Jangan gatal pakai kelabu,oren,biru,pelangi.
- Kasut wajib hitam BERKILAT dan BERKILAU,
- Pastikan nametag anda ikut ukuran yang betul. Guna nama betul. Jangan nak hipster sangat tukar sendiri.
- Setahu AB, JUBAH adalah DILARANG sama sekali. Kalau pakai baju kurung bercorak, kalau boleh corak baju tu tak melebihi 3 warna.

FAIL
✅Clear holder hitam
✅ Buat Partition
✅Susunan Dokumen
  1. IC
  2. Sijil Lahir
  3. Sijil Spm
  4. Sijil berhenti sek men
  5. Sijil Pengiktirafan JPA
  6. Surat Tawaran PISMP
  7. Surat Tamat Pengajian
  8. Slip exam sem 1- 8
  9. Sijil Pencapaian Tinggi & Kokurikulum

SAMPUL PUTIH
  1. IC
  2. Sijil Lahir
  3. Sijil Spm
  4. Slip Panggilan Temuduga
  5. Surat Tawaran PP/PISMP
  6. Slip exam sem 1- 8
  7. Surat Tamat Sekolah
  8. 3 Sijil Pencapaian Tinggi 
Ni AB cedok dari pengalaman senior.
- Masuk secara berkumpulan. 5 orang satu group.
- First thing yang interviewer akan check : penampilan.
- Janggut dan misai kalau boleh kasi cukur licin.
- Bagi perempuan tidak bertudung, ikat rambut secara 'bun' atau 'ponytail'. Wajib ikat ye. Sekemas yang mungkin.
-JANGAN bawa handphone. Kalau nak bawa juga, JANGAN letak dalam poket. Nampak tak kemas. Dan pastikan handphone anda dalam mode senyap.
-Blazer wajib plain hitam. NO stripes, NO design. Jangan korang sarung blazer AC Mizal yee.
- Blazer untuk perempuan ada etikanya. Labuh paras setengah peha. BUKAN yang fit ikut badan.

-Soalan pertama :
Introduce diri sendiri
Bagitau CGPA
Ceritakan kelebihan dan kekurangan diri. 

-Soalan kedua :
Isu isu semasa yang berkaitan pendidikan. Bukan yang hantaran 15K, rumah Guan Eng, Khir Toyo kena parol, budak-budak raver vs hipster tu ye.

Soalan ketiga :
Mock Teaching. Sama macam mikroteaching kita dulu tu. Diberi 2 minit untuk bincang dalam kumpulan. So nanti divide tugasan. Siapa buat set induction, siapa buat huraian,penutup,aktiviti dan sebagainya,


Ok tu je.
🏻Semoga dipermudahkan urusan semua  Doakan AB yeeee


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment: