RM15K : Kahwin Tak Jadi

Pagi-pagi ni, AB scroll timeline Facebook nampaknye ramai yang tengah cerita berkenaan 'kahwin tak jadi' yang keluar kat paper.



AB baca la jugak paper tu,tapi yang front page je la. Secara ringkas, pihak pengantin perempuan membatalkan majlis pernikahan yang akan berlangsung pada masa tu sebab pihak pengantin lelaki cuma bawa hantaran sebanyak RM10 000. Sedangkan hantaran yang diorang mintak adalah sebanyak RM15 000. Pengantin lelaki berumur 27 tahun dan yang perempuan berumur 21 tahun. Pengantin lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan.

In my humble opinion,
Jumlah hantaran yang diminta oleh pihak pengantin perempuan adalah terlampau tinggi. RM15K tu. Bukan senang nak kumpul 15K ye. Mungkin pihak perempuan ada sebab-sebabya. Tu wallahualam la. Tapi jumlah 15K tu AB still tak boleh nak cerna. Budak perempuan tu pon baru 21 tahun. Awak sure ke anak perempuan awak tu pandai masak,pandai uruskan rumah tangga,pandai jaga maruah keluarga sampai nak letak hantaran 15K.

Kalau la alasan 15K tu nak tengok kesungguhan si lelaki,rasanya tak payah kot sampai nak batalkan majlis nikah on the spot. Siap nak bergaduh dengan pengantin lelaki. Bertumbuk pulak tu dan didalam kawasan masjid. Bergaduh dalam masjid sebab hal dunia. Astaghfirullahalazim.

Pengantin lelaki pon mungkin boleh slowtalk dengan keluarga perempuan kalau die tak boleh sediakan 15K. 10K yang die dah sediakan tu pon pada AB dah cukup banyak. At the end of the day, he is the one that will support the girl after she become his wife. Keluarga pegantin perempuan pon boleh la tolak ansur sikit. Orang tu yang nak jaga anak awak nanti. Jangan sibuk nak bberlawan jumlah hantaran dengan jiran lain.

Perkara-perkara macam ni yang buat AB fikir. Kahwin kerana cinta atau harta? Cinta diukur dengan harta ke? No money to talk? Jangan terlampau ikut cerita pukul 7pm tu adik-adik,mak-mak. Nama pon cerita, semua manis,semua sedap dipandang,handsome,ada duit,romantik. Realitinya, 1/10000 la ada yang macam tu. So marilah kota berpijak dibumi nyata.

Ukur baju dibadan sendiri

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. Haha..kannnn..Pandai masak ke idak..huhu

    ReplyDelete
  2. buat malu je...
    huhuhu
    kita datang BW sini...kita follow awak gak..
    jemput BW & follow back

    ReplyDelete