Terima Kasih


ALLAHU..macam-macam perasaan bercampur bila baca headline kat atas ni. Dulu boleh la orang cakap, ada degree senang dapat kerja. Kerja gaji besar, duduk dalam aircond, tak kena matahari. Realitinya sekarang, ada degree pon susah dapat kerja. 

Sepatutnya cubalah selesaikan masalah sara hidup yang makin tinggi ni untuk rakyat marhaen. Jangan bagi alasan je. Cari sebab kenapa kos sara hidup makin tinggi, kenapa harga barang makin naik sedangkan harga minyak menurun. Dulu masa minyak naik 20sen, harga barang pon ikut naik smapai RM2 atas alasan kos pengangkutan guna minya. Habis ni minyak turun, harga barang tak turun pon. 

Cakap kat press conference bukan main bergegar. Nak saman peniaga tak patuh la. Nak pantai harga barang la. Tapi hampeh.

Aduhai Pak Jib, dulu rakyat Malaysia undi dacing sebab ingat dapat bela nasib rakyat. Dulu rakyat Malaysia undi dacing sebab selalu dimomokkan dengan ayat racist 'jangan sampai Cina jadi tuan di Tanah Melayu'. Dulu rakyat undi dacing sebab ingat dacing tu adil lagi saksama. Tapi sekarang? 

Sekarang senang je kau cakap macam-macam. Semua kau tolak ke kami. Semua salah kami. Semua kami kena solve sendiri. Habis tu. apa guna YB yang kami undi? Apa guna kau sebagai Perdana Menteri? 

Lepas Zuhur tadi AB dapat perkhabaran, temuduga posting guru untuk graduan IPTA adalah pada bulan Mei ini. Sedangkan sepatutnya diadakan pada Februari lepas. Dan tarikh posting (jika lulus temuduga) adalah pada awal 2017. Sedangkan jangkaan pada awalnya adalah pada Julai ini. 

Terima kasih Pak Jib. Janji Ditepati. Rakyat didahulukan. Ye, memang terbukti rakyat sentiasa didahulukan. Dalam hampir semua perkara. Rakyat dulu yang kena GST, rakyat dulu yang kena cukai pendapatan, rakyat dulu yang hadap jammed tiap-tiap hari, rakyat dulu yang dihukum atas kes-kes sivil, rakyat dulu yang terbeban dengan kenaikan harga barang.

Terima Kasih.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. Smpai begitu sekali...jum sama2 exchange link...lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ab. Nak mintak email adress.ada benda nak tanya

    ReplyDelete
  3. Ab. Nak mintak email adress.ada benda nak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabila, ni email AB..maaf ye lewat reply aksarabiru14@gmail.com

      Delete