Teacher, malaslah nak buat essay !



Mana-mana guru bahasa tak kiralah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil mahupun bahasa Cina , kalau bagi students homework essay, mesti dengar ayat ni. Hahahaha  

Malam semalam kelas dengan pelajar Tingkatan Tiga pon, AB bagi soalan essay format PT3 lepas ajar topic 'tenses'. Adalah sorang ni memang banyak mulut sikit, menceriakan kelas dengan mulut dia je. AB bag kerja, and dia pon keluarkan dialog kat atas tu.

S     : Alaaa,, essay ke? Teacher, tak reti nak buat essay ! 
AB  : Sebab tak reti la kena buat untuk bagi reti. Belakang parang, kalau diasah pon boleh tajam tau.
S     : Yelaa,,sebenarnye bukan tak reti. Cuma malas je.
AB : Eh, mana boleh malas. Kalau malas-malas nanti tak berjaya tau. Mana ada orang yang malas tapi berjaya.
S     : Ada la, teacher.
AB : Siapa? Macam mana dia boleh berjaya pulak?
S    : Ramaiiii..sebab dia genius, lepastu kaya raya pulak tu.
AB : So, awak genius tak ?
S    : ............................
AB : Awak kaya raya tak ?
S    : ............................
AB : Haaaa...sebab tu lah awak kena rajin. Orang tak pandai pon, kalau dia rajin lama-lama boleh jadi lagi pandai dari yang genius tu tau. So, apa homework saya bagi ni?
S    : Essayyyyy (jawab malas)
AB : Bila nak hantar?
S    : Hari selasa.
AB : OK, saya tak cakap pon saya nak hari selasa. Tapi sebab you all semua dah jawab hari Selasa, so..Selasa lah ye submit.

Hahahhaha..main trik sikit dengan students. Dan satu kelas yang 6 orang tu pon bising.

'Kau la ni cakap Selasa. Kan dah kena hantar hari Selasa'
'Tapikan, kita ada kelas Selasa ni'

Comel sebenarnya ajar budak-budak ni. 


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. haha they sound adorable :)

    ReplyDelete
  2. sy bagi esei berpandu utk kelas f5 yg kedua terakhir..akhirnya sy yg tulis sendiri n mrka salin aje sbb kononnya x tahu nak buat.

    ReplyDelete
  3. hm.. budak melayu ni bukan takat sek rendah je mls buat esei sek men lagilah

    ReplyDelete