Showing posts with label Ladies/Women. Show all posts
Showing posts with label Ladies/Women. Show all posts

Promosi November Chara Closet

Assalamualaikum.,



Untuk pengetahuan semua, selain dari Gobokita , AB ada satu lagi page business iaitu Chara Closet . Boleh klik sini >> Chara.Clo << untuk direct ke page FB atau klik sini >> Chara.Closet << untuk direct ke account instagram. Akaun kedua ni takde la baru sangat. Lama dah buat, cuma tak sempat aktifkan je. 

Tujuan AB buat 2 akaun yang berbeza adalah untuk mengelakkan kekeliruan. Item-item yang dijual didalam akaun Gobokita adalah 100% dibawah label kami sendiri. Tapi item yang dijual didalam akaun Chara Closet merupakan gabungan dari produk-produk Gobokita dan jugak produk dropship.

So, meh la like ramai-ramai page Chara Closet ni ye. Page Gobokita akan on hiatus sehingga 2018 atas sebab peribadi. 

OK, ni nak bagitau ni, dalam page Chara Closet tengah ada buat november sale ! Nak tau apa dia? Pi la like sana. AB dah bagi link tu..tak pon, scroll sampai bawah blog ni, klik2 kat belah kanan tu. AB ada masukkan sekali link plugin untuk Page FB Chara Closet. 

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Kimono Wrap Durrah : Anggun di Aidilfitri

Setelah sekian lama menyepi, AB kini kembali. Ceewahh.. saja ni kembali sebab nak bagitau, FAC dah release satu lagi design terbaru untuk koleksi raya 2016. Korang dah beli baju raya ke uolls?? Meh beli dengan AB. Trusted agent. 

Kimono Wrap Durrah
Code : #1644
Size : S M L XL

0137953243
Semenanjung RM110
Sabah Sarawak RM120
*diskaun untuk 5 pembeli terawal*

Material : Top Balotelli Kain Twistcone
Measurement : Refer #durrahsizingchart

Colour May Differ Due To Indoor Lighting









Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Jenis-jenis Bag Yang Anda Perlu Kenal

Duffel bag, sachet, Minaudiere

Pernah dengar tak istilah-istilah kat atas tu ? Haa, kalau kornag nak tahu, istilah-istilah kat atas tu adalah nama beg yang digunakan oleh orang perempuan. Perghh, punye pelik nama. AB pon first time dengar ni. Biasa guna 'handbag'. Macam mana rupe pon, panggil handbag juga..hahaha.

Okeh, oleh yang demikian, AB nak share jenis-jenis bag yang perlu anda kenal. So, kalau mak, kakak, adik, isteri atau tunang mintak, nanti dah kenal. Takde la tersalah beli ye. Kang merajuk pulak mereka.


1. Athletic bag
Beg yang besar diperbuat dari material yang lembut digunakan untuk mengisi pakaian atau peralatan sukan.


2. Backpack
Beg yang disandang dibelakang badan dan ditampung oleh 2 tali bahu. Boleh menggunakan kedua-dua tali atau satu sahaja.


3. Baguette Bag
Beg segi empat tepat yang menyerupai bentuk roti (baguette). Memanjang dari tepi tetapi mempunyai ruang yang terhad disebelah dalam.


4. Bowling Bag
Penciptaan asalnya adalah untuk membawa bola boling, tetapi telah diubah mengikut perkembangan fesyen.


5. Bucket Bag
Menyerupai bentuk sebuah bakul. Selalunya tidak bertutup/berzip dan tali bahu.


6. Clutch Bag
Beg kecil berbentuk rectangular. Tidak bertali dan selalu digunakan untuk majlis-majlis ekslusif. Mempunyai hiasan seperti manik,sulaman atau batu perhiasan.


7. Duffel Bag
Satu beg besar biasanya digunakan untuk mengembara atau bersukan. Namanya berasal dari Duffel, sebuah bandar di Belium yang merupakan tempat berasalnya fabrik untuk beg tersebut. Beg Duffel kadang-kala dipanggil beg laut kerana popularitinya dalam kalangan pelayar.


8. Envelope Bag
Beg yang nipis berbentuk segi empat tepat dengan penutupnya berbentuk segi tiga dan menyerupai sampul surat


9. Fold Over Clutch
Bag kecil menyerupai clutch. Ada yang mempunyai pemegang dana da yang tidak tetapi boleh dilipat.


10. Hobo Bag
Beg yang mempunya ruang yang besar, berbentuk bulan sabit dibahagian atas. Mempunyai tali bahu yang panjang dan tali pendek. Mempunyai zip utama.
Ni favourite handbag AB ni..hahahaha


11. Messenger Bag
Beg ini mempunyai ruangan yang luas dan banyak kocek. Mempunyai tali bahu panjang. Biasanya berada diparas pinggang kalau pakai. Diperbuat dari fabrik atau material tahan lama.
Ni pon beg favourite AB jugak..hihihi


12. Minaudiere
Hampir menyerupai clutch, beg ini kecil sahaja dan biasanya digunakan untuk mengisi barangan hiasan wanita seperti gelang,cincin,rantai dan alat solek.


13. Satchel
Beg yang lebar, rata dibahagian bawah dan mempunyai 2 butang pembuka. Satchel boleh menjadi besar atau kecil.


14.Sling Bag
Beg kecil yang mempunyai tali panjang. Hampir menyerupai messenger bag tapi lebih kecil.


15. Tote Bag
Beg yang besar, mempunyai 2 tali pemegang. Selalu digunakan untuk membeli belah. Maklumla, besar. Boleh sumbat dalam tu..hehehehe


16. Wristlet
Beg berbentuk clutch, tetapi mempunyai tali pemegang kecil bersaiz gelang yang diperbuat dari kulit atau PU. 


Banyak jugak ye jenis-jenis handbag ni. Mana satu favourite korang?













Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu