Showing posts with label TBS. Show all posts
Showing posts with label TBS. Show all posts

Lewat Update : I'm Sorry

Ampun maaf dipinta untuk peserta GiveAway by Gobokita : Aksara Biru sebab AB terlewat update senarai nama terbaru. Huhuhuhu. Maaf sesangat ya. Kekangan masa + assignment + kuiz menyebabkan AB terlewat update beberapa hari. Jangan marah naaaa..


Petang tadi AB dah selamat tiba dikampung halaman, Muar Johor. Hujan lebat sepanjang jalan dari Terminal Bandar Tasik Selatan sampai lah ke Pedas Linggi. Tiba Muar, hujan tak sampai lagi. Cuma mendung je. Finally ! Home sweet home !! No other places better than home. Siapa setuju angkat tangan !!


Tapi sampai rumah je, mak AB takde rupanya. Balik kampung AB kat belah Tangkak *dekat je*. Abah pon tak cakap apa-apa masa dalam kereta. Huaaaa.. Yang best, mak AB masakkan sambal tumis sotong kembang. Feveret sepanjang zaman tuuu. Wuuuuuuuu..Happy balik. Hahahhaha..makan je fikir..haihhh..


Ok la..kat kampung ni susah dapat line wifi. Maklumlerr..wifi pon tumpang pakcik AB sebelah rumah punye. Kalau ade tempias wifi tu dapatlah online and update blog. Kalau tidok, layan Running Man je laa.

Ok la, selamat malammmmm...jangan lupa check senarai nama korang kat Senarai Nama Peserta GiveAway by Gobokita : Aksara Biru.

Kalau nak join boleh klik banner bawah ni yeeeeeeeeeeeee
Anyeongggg
Spaseebaaaa





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Cuci Mata di Kenanga Wholesale City

Petang tadi lepas kelas, AB pi merayau ke Kenanga Wholesale City (KWC). AB pi naik KTM & Monorail je. Senang dan jimat. Untuk orang area Serdang, Seri Kembangan, Sungai Besi, Bangi, Kajang dan kawasan yang sewaktu dengannya, kalau nak pergi KWC ni AB sarankan anda ambil LRT dari stesen Sungai Besi atau Bandar Tasik Selatan. Cepat dan murah. 


Tadi masa pergi AB naif lagi so dok la tukar-tukar tren. Meh sini nak tunjuk sikit routes dan kos yang AB amik tadi :

Pergi : 
Terminal Bandar Tasik Selatan (KTM) - KL Central - Stesen Masjid Jamek - Hang Tuah 
Kos :
Bandar Tasik Selatan ke KL Central : RM1 (KTM)
KL Central - Hang Tuah : RM2.50 (LRT) Kene tukar train kat Stesen Masjid Jamek.


Balik :
Hang Tuah (LRT) - Bandar Tasik Selatan
Kos : RM 1.70


Nampak tak beza giler kos tu. Okayh agak menyesal la sebab tak terus naik LRT dari Bandar Tasik Selatan. Lagi pon masa tu tak tau. Hehehehe. Untuk parking rate di KCW harga seperti berikut :

KERETA
Weekend (Public Holiday)
: First 3 hours RM 3
: RM1 setiap sejam selepas itu.
Weekdays :
: First 3 hours RM2
: RM1 setiam sejam selepas itu

MOTOR
Flat rate : RM1

Kalau korang naik LRT,keluar je dari stesen Hang Tuah tu, korang belok kiri. Dalam 4 5 langkah korang akan jumpa laluan pejalan kaki dan sign kecik comel ni.


Nampak dok ? Pastu ikut la sign ni belok ke kiri lagi. Turun tangga sikit. Pastu tegak je. Korang akan rasa macam 'eh, macam sesat je. Betul ke jalan ni?' Korang akan lalu kawasan perumahan dan disebelah kiri korang ialah stesen LRT Hang Tuah. Kat jalan tu ada signboard lagi


Ni merupakan sigboard terakhir yang AB nampak sepanjang jalan kaki tu. Lepas tu AB main jalan je ikut hati. Kat bangunan warna coklat hujung tu merupakan deretan kedai baju untuk wholesale. Korang jalan je ikut kaki kedai tu, Sampai hujung, belok kanan and TADAAAAA



Ni dia bangunan KWC. AB masuk dari pintu Marrybrown. Tarik nafas dulu sebelum masuk. KWC ni ada berbelas tingkat. Tapi yang ade kedai dari LG sampai tingkat 7 sahaja. Semua tingkat mostly jual baju perempuan tapi kat tingkat 6 dan 7 tak banyak sangat baju. Banyak aksesori, kasut, minyak wangi dan lain-lain.


Apa yang ada kat sini? Dari jubah, dress, baju kurung, tudung, kasut, jam, tshirt, seluar jean, jubah lelaki, handbag, brooch, minyak wangi, kedai costume dan banyakkk lagi. Dari segi harga berbaloi sangat kalau korang beli borong. Kalau borong tu biasa untuk jubah dalam 6 pasang dah dapat harga borong. Beli untuk 1 family dah jimat.

Maafkan mannequin tersebut kerana menayang buntut beliau.

Kira ni memang syurga orang pempuan nak membeli belah la. Yang kaum ayah biasa tunggu luar kedai, jaga anak-anak. hehehe. Di sesetengah tempat ada disediakan kerusi. Siapa yang lenguh kaki, boleh la rehatkan kaki anda. Tapi bangku tak banyak.



Benda paling wajib dalam semua shopping mall. Ni dia directory board. Boleh refer sini untuk tidak sesat. Hehehehe


Tu tak tau kasut anak siapa tercicir kat atas board ni.

Dari tingkat 3A KWC ni korang boleh nampak deretan kedai-kedai wholesale jugak kat bawah tu. Kedai-kedai yang kat luar KWC ni jarang terima kalau orang nak beli runcit. Mostly cuma akan jual untuk wholesale sahaja. Ada 3 4 kedai tu siap mintak business card AB lagi untuk dapatkan harga wholesale. 



Okayh. Dinasihatkan akak-akak jangan pakai high heels kalau nak pi sini. Nanti baru 1st floor dah melecet kaki. AB pon rambang mata tengok barang-barang. Maybe weekend ni terjah lagi sini. Hehehehe.


Jangan lupa join >> GiveAway by Gobokita : Aksara Biru <<

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Entry Cuba Try Test

Hye korang..AB baru sampai KL ni. Ni tengah duduk bersila kat Terminal Bersepadu Selatan. Kenapa bersila? Sebab tengah cas handphone. Suis ni kat bawah, so kenalah bersila. Kesian saya tak de powerbank. Huhuhu. Kejap lagi nak pi Shah Alam, ambil motor lat rumah akak AB. Lepas tu merempit balik UPM. 

Saja je pos entry ni. Nak try post entry guna handphone. Laptop AB dah selamat masuk lokar.

Ok lah..nak pi rush kejar KTM pulak ni. Byeeee





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu