Entry ABC : Semua ada

Oleh kerana 2 3 hari ni agak busy memang AB tak sempat nak bukak laptop, apetah lagi nak tulis entry baru. Makanya, entry kali ni akan menceritakan aktiviti-aktiviti AB sepanjang 2 hari ni.


Open House Rumah Abang ( Jumaat-8 Ogos 2014)

Hari ni pagi-pagi lagi AB dah gerak ke Tangkak sebab rumah abang AB ade buat open house. So, konon-konon datang awal boleh tolong-tolonglah dia sikit kannn. Kak ipar AB tengah masak laksa penang masa AB baru sampai tu. Abang AB tengah masak spaghetti bolognaise. So, oleh kerana semua tak kasi AB tolong, makanya AB dok main dengan baby je la sambil layan tv. Hehehehehe..basib baik anak buah AB tak banyak kerenah. Senyap je dia main sorang-sorang. 

Selain tu, abang AB pon ade order nasi lemak ayam berempah untuk open house yang start pukul 2pm. Tapi orang masak tu pulak hantar makanan lambat. Nasib baik ade backup spaghetti dengan laksa, kalau tak kesian tetamu yang datang tak de makanan. Malangnya, AB takde amik gambar masa open house tu. Maklum le orang guna handphone lampu picit je. Hehehehehe

Rumah Terbuka YB Dato' Razali bin Ibrahim


Ni malam semalam punya cerita. AB ikut mak abah AB ke majlis Sambutan Aidilfitri Dato' Razali Ibrahim kat Seri Menanti. Tahun ni merupakan kali kedua AB pergi majlis ni. Tahun lepas pon AB pergi jugak. Punyalah ramai manusia datang. Meja kerusi kat khemah memang tak cukup. Ditambah pulak dengan sesetengah tetamu yang jenis dah habis makan nak duduk borak macam kat rumah sendiri. Lagi la jammed dalam khemah tu. Sampai ada yang makan sambil berdiri.

Juadah tahun ni lagi banyak dari tahun lepas. Ada menu wajib Muar, mee bandung. Ada ayam golek, kambing golek, nasi ayam, nasi lemak, soto, kuih muih, gorengan, putu bambu dannn banyak lagi. AB tak berkesempatan la nak bergambar dengan YB, ramai gilerr kot kat photobooth tu. Dekat pintu masuk tu jugak ade booth derma untuk Gaza Palestine. 


Marhaban & Raya (Ahad-8 Ogos 2014)

Hari ni pagi-pagi lepas Subuh AB dah berjaga tolong mak AB masak untuk orang datang marhaban atau baraan. Orang jawa panggil baraan. Hehehehe. Kali ni mak AB masak ketupat segera, lodeh, ayam masak rendang, sambal kacang, kek coklat. Siap masak pukul 10 lebih, AB terus siap-siap sebab tengahari tu dah janji nak beraya dengan kawan-kawan.

Pukul 12 kawan AB datang ambil, kitorang beraya rumah kawan kat Tangkak, lepastu pusing balik Muar, lepastu pusing masuk Melaka. HAAA.beraya atas jalan je. Huhuhu. Kat rumah kawan AB kat Melaka tu, mak dia bagi duit raya pulak. Alhamdulillah. Rezeki. Hehehehhe

Nah, belanja sikit gambar depan pintu rumah AB. 



Haaaa...banyak cerita dalam satu entry. Macam ABC. Air Batu Campur. Ada susu, cendol, jelly, aiskrim, kacang, gula merah, sirap, jagung dannnn banyak lagi. Btw, lama dah tak makan ABC kat Tanjung Emas.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments: