iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger


Assalamualaikum. Entry lewat malam ni adalah mengenai iPhone 5s ! Denai Hati dengan kolaborasi penaja-penaja lain nak bagi blogger yang bertuah iPhone 5s. Berbanyak-banyak terima kasih kepada Denai Hati dan penaja-penaja lain kerana menganjurkan cabaran ni. Jom klik banner kat atas. Bukan satu iPhone tau yang Denai Hati nak bagi ni. Bukan jugak dua. Tapi TIGA !! AB ulang, TIGA iPhone untuk blogger yang bertuah ! 

AB harap sangat dapat menang cabaran ni. Kalau korang ada baca entry AB sebelum ni, mesti korang dah tau AB hilang handphone 3 hari sebelum raya *menangis*. Sekarang ni pon AB guna handphone abang AB yang lama je. Handphone yang tak compatible dengan Android, iOS, Windows dan segala macam yang lain. Huhuhu. So, kalau menang iPhone 5s ni, memang sujud syukurlahhhh. Aminnn. Mudah-mudah ade la rezeki.


Apa yang best dengan iPhone 5s ni ? To be honest, AB pon tak tau sebab AB tak pernah pakai anak beranak iPhone ni. Tapi yang AB selalu dengar dari kawan-kawan yang guna, iPhone ni tak lagging. Lagging tu maksudnye takde la lambat nak bukak aplications ke, nak on handphone ke. Kire smooth gitu. One more thing yang tak dapat dinafikan pasal iPhone ni ialah, KAMERA. iPhone 5s punya kamera memang superb lawa. Even dalam gelap, gambar yang diambil tu tetap lawa. Ni memang AB experience sendiri la masa kitorang celebrate birthday kawan kat Putrajaya. Even kurang pencahayaan, tapi gambar lawaaaaa.

Sumber : Denai Hati

Menurut Apple, diorang keluarkan iPhone 5s ni dalam 3 warna iaitu Space Grey, Gold dan Silver. iPhone 5s ni jugak dikeluarkan dengan 3 kapasiti simpanan. Ada 16gb, 32gb dan 64gb. Tiga-tiga kapasiti ni harga berlainan. Kalau tinggi gb tu, tinggi la jugak harga dia. Maklumlah, storage besar. 

Dari segi fizikal, iPhone 5s ni berketinggian 4.87 inci, lebar 2.31 inci, ketebalan 0.30 inci dan seberat 112g. Sangat senang dipegang. Tak terlampau besar gedabak. Meh, AB bagi gambar sikit kasi korang jelas.


Sumber : Apple


Okayh, ni AB nak sertakan sekali review specification antara iPhone 5s dengan iPhone 5.

Sumber : theweek.com


Untuk join cabaran ni, orang boleh klik banner kat atas untuk baca syarat dan peraturan. Tapi AB baik hati ni nak tulis sekali dalam entry ni. 


Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s:
1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger
2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
-Satu backlinks kepada blog Denaihati.
-Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
-Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja dan Denai Hati. Barisan penaja yang murah hati ialah :


Seorang lagi penaja adalah Arwahyarhamah Syuhada Baharuddin.
Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat-Nya. Juga semoga tajaan dari arwahyarhamah ini menjadi sedekah yang diterima Allah S.W.T. Aminn.

Jom AB belanja sikit gambar-gambar iPhone 5s. Sambil-sambil boleh berangan kot-kot ada rezeki boleh menang contest ni.

Sumber : Google

Toujours plus loin tu maksudnye 'forward thinking'. Kira Forward Thinking ni trademark untuk iPhone 5s la.


Iphone5sad1.jpg (567×800)
Sumber : Google

Macam yang tertera kat gambar atas ni, iPhone 5s menggunakan teknologi Touch ID. Touch ID tu maksudnya korang boleh unlock iPhone ni dengan gune fingeprint korang je. Tak payah dah password bagai. Biasa kalau guna password yang lecehnya ialah, kita lupa password kita (banyak kali jadi kat AB). So, iPhone 5s ni memudahkan korang untuk unlock handphone korang. 
One more thing, korang pon tak payah risau orang lain tau password korang, sebab memang diorang takkan tau punye la. Korang je yang boleh bukak iPhone 5s ni. Dari segi keselamatan, iPhone 5s ni memang thumbs up la.


iphone5scamera-640x392.jpg (640×392)
Sumber : Google


Haa. Comelkan kamera kat tepi tu? Sebelah tepi body tu adalah butak klik untuk kamera. Meh AB bagi spesification untuk kamera pulak.

  • 8 megapixels with 1.5µ pixels
  • ƒ/2.2 aperture
  • Sapphire crystal lens cover
  • True Tone flash
  • Backside illumination sensor
  • Five-element lens
  • Hybrid IR filter
  • Auto focus
  • Tap to focus
  • Face detection
  • Panorama
  • Auto image stabilization
  • Burst mode
  • Photo geotagging
Sumber : Apple 

Sekian sahaja entry AB yang panjang lebar kali ni. Hari ni langsung tak buat entry, bila buat panjang giler. Hahahhaha. Selamat membaca la ye wahai readers ku sekalian. Korang doa-doakan la sekali ye mudah-mudahan murah rezeki AB menang cabaran ni. Dapat iPhone 5s. Huuu..Siapa yang tak nak kan.. ^_^ iPhone 5s gajet impian setiap blogger, termasuk Aksara Biru. Selamat Malam.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

6 comments:

  1. wahhh lumayan hadiah die...gudluck ye! :D

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya.. Jalan2 dari denai hati ni. Baca2 blog orang. Huhu

    ReplyDelete
  3. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
    p/s: sila tengok FB message, ada isu penting.

    ReplyDelete
  4. semoga Berjaya untk next level :)

    ReplyDelete
  5. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete