Kalendar Akademik UPM Sesi 2014/2015

sumber : Twitter

AB nak ucapkan tahniah buat adik-adik yang berjaya menempatkan diri dalam IPTA/IPTS. Almaklumlah, keputusan UPU baru keluar 2 3 hari lepas. Pheww..siapa yang dah dapat tu mesti lega gilaa. Yang tak dapat, tak pe boleh cuba lagi. Mana tau rezeki adik-adik untuk panggilan kedua nanti.

Oleh kerana AB ni mahasiswi Universiti Putra Malaysia, meh la AB share dengan korang kalendar akademik sesi 2014/2015. Dua-dua semester ada dalam jadual ni. So, dah ada jadual ni senang sikit la korang nak plan cuti-cuti Malaysia ke, walimatulurus or what so everlah. 

AB pon tinggal 1 semester je dalam UPM ni, lepas tu praktikal and then tanam anggur la ye sampai dapat kerja. Hehehehe. Doa-doakanlah yang terbaik. Semester depan kene berhempas pulas dengan Final Year Projek.

Untuk junior-junior UPM, korang boleh guna hashtag #PutraMoveIn kat Twitter untuk tahu info-info pasal UPM. Macam-macam info korang boleh dapat. Nak tanya AB pon boleh jugakk. Insyallah AB tolong mana yang AB boleh tolong ye.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments: