Bazaar Persatuan UPM

Selamat datang kepada adik-adik junior ke Universiti Putra Malaysia. Pagi tadi telah berlangsungnya event Bazaar Persatuan kat Bukit Ekspo UPM Serdang. 

Meh sini kenalkan sikit apa tu Bazaar Persatuan. Bazaar Persatuan ni merupakan event dimana semua persatuan dan kelab berkumpul dan bukak booth untuk mencari ahli baru dalam kalangan pelajar baru. Dalam cerita omputih yang berlatarbelakangkan college teenager selalu ada event macam ni.

Contoh persatuan yang ada tadi ialah Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Persatuan Anak-Anak Johor, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Kelab Debat dan Pengucapan Awam, SUKSIS, PALAPES dan lain-lain. Tadi AB jaga booth Sekretariat SPRM. Dok la depan khemah, panggil junior untuk join SPRM UPM ni.

Event tadi bermula pukul 7 pagi. Pagi-pagi tu untuk kitorang setup booth la. Pukul 8 pagi, junior masuk Bukit Ekspo mengikut kolej masing-masing. Lepas dah semua kolej masuk ( UPM Serdang ada 17 kolej ), program dimulakan dengan aktiviti senam seni 1 Malaysia. Havoc gilaaa. Dah habis senam seni tu dalam pukul 10 baru diorang dilepaskan untuk menerjah booth2 persatuan dan kelab yang ada. 

Dah habis cerita, jom tengok gambar.









Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments: