10DC Day 10 : 10 Secrets

Hari ni merupakan hari last untuk 10 Days Challenge ni. So, ini adalah entry terakhir AB. Sebelum tu, AB mintak maaf la ye, ada entry yag terskip sehari. Hehehehhe. Jadual harian yang tak dapat dielakkan masa tu. Okeh, untuk kali yang terakhirnya, AB nak share 10 rahsia AB. Korang ni kira bertuah tau, AB bagitau rahsia. Bukan senanggg.


1. Pernah join diet Atkins
Ha, ni rahsia yang bukan lagi rahsia. Hahahahha. Bajet-bajet dulu nak buat as a secret la, tapi lepas tu kantoiii. Kurusnye tak pon, sebab selalu sangat cheat.


2. Selalu korek tabung kelapa.
Dulu masa kecik-kecik AB ada tabung bentuk kelapa, BSN yang bagi masa bukak akaun. Kadang-kadang kalau nak beli jajan mak AB tak bagi duit, AB akan gigih la mengorek tabung tu guna lidi. Siap cover lagi jangan sampai bunyi kuat sangat. Hahahahahha


3. Pernah pancitkan tayar basikal
Zaman sekolah rendah memang AB jahat dan nakal. And, ada la sorang budak lelaki ni yang AB selalu gaduh. So, bila xpuas hati tu, AB senyap-senyap pi kat kawasan parking basikal and pancitkan tayar basikal dia. Masa tu AB pengawas sekolah rendah, so tak de sape la suspek kalau pergi merayau kat sekolah.


4. Pernah tampar budak lelaki
Okayh, yang ni pon masa sekolah rendah. AB tampar sorang budak lelaki ni sebab ejek nama abah AB. Berani sangat ejek nama bapak orang, kan dah kena tamparan wanita. Yang bestnya, masa tahun 2009 parents AB pergi haji saing dengan parents dia, so kat situ parents dia kantoikan yang AB pernah tampar anak diaorang. Hahahahaha


5. Pernah hampir terbakarkan rumah
Yang ni secara tak sengaja. Masa tu AB dalam umur 10 tahun kot. Ab sapu sampah kat luar rumah, lepas tu nak bakar la daun-daun tu. Akak AB dah pesan, jangan bakar dekat dengan rumah, tapi AB degil. Kira dekat jugak la buat tempat bakar tu. Lepas tu AB terjatuhkan lighter dalam api tu. Meletup lighter tu, nasib api tak sambar dinding rumah. Lepas tu tobattt.


6. Mudah terpengaruh
Ini rahsia dan kelemahan yang agak kuat. AB ni jenis cepat terpengaruh, cepat kesian. Sebab tu bila ada apa-apa promotion ke, sale ke memang kalau boleh AB lari jauh-jauh. Hahahahhaha. Lagi pulak kalau salesgirl/man tu mulut manis. Ayat pujuk rayu memang terbeli jugak la kadang-kadang.


7. Mangsa Runningman
Kalau korang nak tau, AB bukanlah peminat Korean tegar. Dulu-dulu selalu la tengok drama Korea, sekarang dah tak tengok. Dan yang sekarang ni tengah demam Runningman. Dulu AB kutuk gila la cerita ni. Sebab AB tak pernah tengok. Hahahhaha. Macam pelik, pebende best sangat sampai gelak terkekeh. Lepas tu sekarang ni AB pon dah terjebak sama. Baru paham perasan orang yang gelak sorang-sorang tu. Hahahahhaha


8. Crush cikgu
AB dulu pernah je crush kat cikgu kat sekolah. Ala, crush saje-saje je. Nak bagi semangat untuk pi sekolah kononnye. Hahahahaha. Tapi sekarang cikgu tu dah kahwin. Selamat berbahagialah ye. One more thing, mostly cikgu yang AB crush ni merupakan cikgu sejarah. Hahahahhaha. Tapi bagus jugak la, sebab tu la AB jadi minat kat sejarah.


9. Blog
Ini merupakan akaun blog ke 3 AB. Yang first tu AB dah hidekan, so mostly entry yang ada 'isi' AB akan repost semula kat blog ni nanti. Blog kedua pulak, merupakan blog bisnes AB. Blog tu pon dah terabai kejap. Huhuhu


10. Seorang yang gemuk tapi berangan nak kurus
Yaaa...itulah sayaa. Rahsia ke ni? Hahahahha. tak kisah lah. Yang penting AB selalu berangan nak kurus. Tapi malas diet, malas exercise. Memang sampai bila-bila berangan je la yeeee.



Okeyh, sekian sahaja. Tamat sudah challenge 10 days ni. Yang mana nak join, jom join. Tak de expired date pon. Hehehehhehe

Jom tengok link AB yang sebelum-sebelum ni.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments: