Pecel Lele dan Ayam Penyet Ibu, Bangi

Hye korang. Oleh kerana hari ni AB belum ada apa-apa event untuk diuruskan, tadi AB keluar la kejap dengan MrA. Pergi Low Yat tukar laptop adik dia. Laptop baru beli last week dah problem.

Balik dari Low Yat, kitorang pergi makan ayam penyet super duper feveret AB dan kengkawan geng UPM. Tempat ni famous la jugak dalam kalangan student UPM dan UKM.

Tempatnya kat Bangi syeksen 4 kalau tak silap. Kitorang panggil tempat ni Mini Jakarta atau Little Jakarta. Sebab masa 1st time datang sini kitorang nampak ramai warga Indonesia baru balik kerja, turun dari bas.Huhuhu

Nama kedai ni Pecel Lele dan Ayam Penyet Ibu. Apa yang special? Ayam penyet dia laaaaa. Tapi kalau kat sini AB suka makan ikan tilapia atau keli. Kalau korang order tu dia akan sertakan sekali dengan nasi semangkuk, tempe, pucuk ubi, kobis, sambal super duper pedas dan sedap. Range harga dia kalau ayam, RM6 manakala kalau ikan RM9. Tapi kadang-kadang ikut saiz ikan jugak. Kalau yang kecil murah sikit.

Tadi AB makan ikan keli sederhana besar dengan ayam, air pulak milo ais 1 dan ais kosong 2 baru RM12. Oh ya, kat sini nasinya boleh tambah ya. Free of charge je. Sambal kalau habis pon boleh mintak tambah. Kalau nak lagi sedap, korang beli kicap ABC yang femes sebab ada cicak tu. Makan dengan nasi ayam penyet and pecel lele ni. Perghh..terangkat bila bergabung dengan kepedasan sambal tuuuuu.

Ok nah belanja gambar.




Sebelum dan sesudah.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. Replies
    1. hahahha..ni la penangan sedap+lapar+dah lama tak makan sini..hahahhaha

      Delete