10DC Day 4 : 4 Books

Tema hari ni memang feveret AB. 3 buku. Kat sini AB campur dua-dua spesifikasi buku iaitu fiksyen dan bukan fiksyen la ye.


1.  Trilogi Novel Sunan Musafir
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Sumber : Google

Yang ni memang buku feveret sepanjang zaman. Dari 'Bagaikan Puteri' sampai la ke 'Sunan Musafir' memang superb. Tak memboringkan. Setiap satu novel ada kekuatannya yang tersendiri, mengupas kisah mistik dan misteri. Sambil baca tu, kita dapat ilmu jugak. Ramlee Awang Murshid punya sentuhan memang semua superb.



2. Yang Terindah
Penulis : Anis Ayuni


Novel nipis yang best. Sambil baca, sambil berangan. Lagi-lagi kat scene yang sweet-sweet gitu. Hahahaha.



3. Wuthering Heights
Penulis : Emily Bonte


AB bukanlah peminat tegar novel Inggeris even AB ni budak TESL. Huhuhu. Novel ni jadi AB study masa semester 5 kalau tak silap. Selain novel ni ada lagi 4 buah novel Inggeris lain. Tapi yang lain AB tak minat dan tak baca sangat. Novel ni banyak diadaptasikan dalam movie, dialih bahasa, dan ditulis semula oleh penulis-penulis lain. 



4. Macedonia : Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain
Penulis : Web Sutera


One of the main reason AB beli novel ni sebab tu kat cover novel ni ada tulis ulasan oleh RAM. Hehehehe. So, kene la beli dan baca. To be honest novel ni dekat setahun beli, baru habis baca. Novel ilmu, sambil baca, sambil kita fikir. Kadang-kadang selak balik muka surat awal nak ingat balik info yang mula-mula. Novel ni best. Mengupas persoalan, betulke Raja Alexander tu Nabi Zulqarnain? Nak tau, kene baca.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment