Showing posts with label Sekretariat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah UPM. Show all posts
Showing posts with label Sekretariat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah UPM. Show all posts

Pakej Seminar Murah Langkawi : Tolong !!!

Hai korang. Dah 2 hari AB tak update apa-apa kat blog. Nak terjah blog korang pon AB tak sempat lagi. Sekarang ni AB tengah busy untuk cari pakej seminar di Langkawi. Yang ni untuk program Sekretariat Pencegahan Rasuah UPM. Kitorang kena buat program, and we choose Langkawi. Tapi tak jumpa lagi pakej yang berpatutan dengan harga student. 

Kena buat poster untuk Annual Grand Meeting lagi untuk Jumaat depan, pastu buat banner untuk program kursus Teaching Deficient Learners kat Kuantan 2 minggu lagi. Pengsan. Kalau dulu tido pukul 3 pon mata boleh tahan lagi. Sekarang ni pukl 12 lebih dah layuuu je. 

BTW, korang kalau ada contact person sesapa yang ada buat pakej seminar murah kat Langkawi, boleh pm AB ye. Nanti AB sertakan email dan no fon AB. Urgent giler ni =)
Thank youuuuu

sitisuaidah91@gmail.com
013-7953243 (watsapp)

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Bazaar Persatuan UPM

Selamat datang kepada adik-adik junior ke Universiti Putra Malaysia. Pagi tadi telah berlangsungnya event Bazaar Persatuan kat Bukit Ekspo UPM Serdang. 

Meh sini kenalkan sikit apa tu Bazaar Persatuan. Bazaar Persatuan ni merupakan event dimana semua persatuan dan kelab berkumpul dan bukak booth untuk mencari ahli baru dalam kalangan pelajar baru. Dalam cerita omputih yang berlatarbelakangkan college teenager selalu ada event macam ni.

Contoh persatuan yang ada tadi ialah Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Persatuan Anak-Anak Johor, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Kelab Debat dan Pengucapan Awam, SUKSIS, PALAPES dan lain-lain. Tadi AB jaga booth Sekretariat SPRM. Dok la depan khemah, panggil junior untuk join SPRM UPM ni.

Event tadi bermula pukul 7 pagi. Pagi-pagi tu untuk kitorang setup booth la. Pukul 8 pagi, junior masuk Bukit Ekspo mengikut kolej masing-masing. Lepas dah semua kolej masuk ( UPM Serdang ada 17 kolej ), program dimulakan dengan aktiviti senam seni 1 Malaysia. Havoc gilaaa. Dah habis senam seni tu dalam pukul 10 baru diorang dilepaskan untuk menerjah booth2 persatuan dan kelab yang ada. 

Dah habis cerita, jom tengok gambar.









Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu