DIY : Brooch Headgear Great Gatsby

Ingat tak haritu AB ada post bulu pelepah. Tak ingat ? Boleh baca kat >> SINI << Kan AB ada story nak buat DIY kan. Okeh, meh kite tengok hasilnya.


Mesti korang tertanya-tanya kan. Ape bende ni ?? Haaa.. ni brooch untuk headgear. AB pakai benda ni masa TESL Dinner : Great Gatsby Gala. Oleh sebab tema malam tu Great Gatsby, and GG ni banyak guna bulu-bulu, lace, drapes and sequin. So oleh sebab outfit AB tak de la semua benda tu, so AB buat la benda ni.



Senang je buatnya. Bahan-bahan pon AB guna bahan yang dah sedia ada je. Kecuali bulu pelepah tu je la. Yang bunga purple tu AB guna perca kain satin. Yang biru pulak guna reben organza. Bila guna organza, dia punya fluffy tu lagi gebu.Cara nak jadikan bunga tu macam tu, AB cari tutorial kat Youtube je. Boleh guna keywords Tutorial Peonies Flower.

Mintak maaf la ye, AB takde buat tutorial untuk DIY ni. Tak sempat amik gambar masa tengah buat ni. Hehehehe. Nah le setepek gambar yang tengah pakai. 




Ni contoh AB pakai. Yang besar kat kepala, yang kecik kat bahu. Sebenarnya nak buat dua-dua kat kepala, tapi member AB kata yang kecil tu lagi elok letak kat bahu.

Kalau buat kecik-kecik sikit boleh je pakai untuk brooch biasa. Tapi AB tak rajin lagi la nak buat benda tu. Hehehehe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

7 comments:

  1. Hussss semangat.
    Brooch yang kat pale tu ada bulu2. Hehe..
    Suddenly terbayang ekor peacock.
    Jangan mare xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..itula..memang hajat asal nk cari bulu peacock..tp tak jumpe pulak..kalau ade pon mahal snagat..

      Delete