SPSS : Misi Analisis Data Sedang Berjalan




Apebende SPSS ni ? SPSS bermaksud Statistical Package for the Social Sciences. SPSS ni merupakan software paling komprehensif untuk data analysis yang pertama yang available dalam komputer peribadi.  Tak paham jugak ? SPSS ni la yang tolong researcher kira mean, media, percentage dan sebagainya.  Tak paham lagi ? Ahhh..sudah..malas nak terangkan.  Hahaha

Macam mana susahnye nak faham apebende SPSS ni, berganda lagi susah nak guna. Hadoiii. Seminggu belajar baru paham. Lepas tu blur. Tak reti nak masukkan data macam mana. Hahahaha. AB kena guna SPSS ni untuk kira data untuk kajian projek tahun akhir. Haiyarkk, masuk TESL sebab tak nak jumpa lagi dah nombor-nombor banyak-banyak, sekali buat FYP ni, memang jumpa nombor je la. And sangat leceh sebab kena masukkan data sebijik-sebijik. Sebab tu ada orang boleh buat bisnes melalui SPSS ni. Kira ambil upah la untuk isi data ni semua, lepastu analisis data-data tu semua. Upah bukan murah ye, mostly AB jumpa upah atas RM100. Kalau tak nak menghadap SPSS ni dan ada duit lebih, silalah upah orang je. Hahaha.



SPSS ni guna kalau kajian tu kuantitatif sahaja. Kalau kualitatif takde guna SPSS ni. Nama pon kuantitatif, memang mengira je laaaaa. Harap supervisor dalam mood bunga-bunga nak jumpa next week. Tak tenang jiwa time nak jumpa SV ni la. Haihhh. 

Buat FYP + SPSS ni memang mencabar kesabaran, ketahanan jiwa dan kekentalan mental. Awal-awal buat dah rasa nak mengalah. Tapi fikir sikit je lagi nak habis ni. Less than 2 months and then bye bye UPM, bye bye FYP, bye bye SPSS, bye bye test, exam, kuiz semuaaaaaaaa. Dan masa tu, hello internship, hello sekolah, hello anak-anak murid, hello rakan-rakan guru sekaliannnnn.




PS : AB tengah tunggu sorang lagi pemenang GiveAway by Gobokita : Aksara Biru untuk bagi details. Once pemenang tu dah bg detail, AB akan terusss poss hadiah-hadiah anda yeeee. Nanti AB update lagi.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment:

  1. Dah lama tak guna SPSS nie... 10 tahun dah rasanya. Hehe ^_^

    ReplyDelete