TITANS Dinner at Murni Discovery Bukit Jalil

Team Yong Tau Foo Production
Establish since 2011

Assalamualaikum korang. Fuhh, kembali sudah vitamin M untuk update blog ni. Hahahha. Lagi-lagi pulak tengah final exam ni. AB tinggal satu paper je lagi hari Jumaat ni sebelum bebas. Barang pon tak packing lagi, bilik tak kemas lagi. Sabtu ni dah nak balik Muar pulak. 

Oleh kerana semester ni merupakan semester terakhir kitorang dapat together-gether sebelum memasing bawak diri pi praktikal. So, kitorang pon plan nak pi dinner bersama-sama. Alhamdulillah dari 32 orang classmates, 31 dapat join. yang sorang lagi tu tak dapat join sebab atuk dia sakit. So, kena balik Melaka.

Kalau masa 1st year kitorang pilih Chop 7 Steak Restaurant kat Seri Kembangan as tempat dinner together-gether, kali ni kitorang pilih kat Murni Discovery Bukit Jalil pulak. Havoc habis malam tu. Oh ya, kitorang pergi hari Selasa malam Rabu. Nasib baik meja reserved untuk kitorang ditempatkan kat luar, so tak rasa bersalah sangat nak buat bising. Hahahahaha

Murni ni sebenarnya mamak jugak. Tapi agak famous kat area Selangor/KL la. Branch die pon banyak. Menu paling famous rasanya mee raja kot. Air die pon ada identity tersendiri. Nama pelik-pelik yaaaa amat. I Love You, I miss You, Kiss Me Baby, Don't Love Me. Dari segi harga, paling mahal makanan ada RM30. Sebab ada crab rasanya. Tak ingat nama menu. Hehehehhe. Tapi AB paling suka Nasi Goreng Buttermilk Ayam. Portion dah la besar, Memang kenyang habis lepas makan tu.

Lepas habis makan-makan tu some of us pergi pulak Putrajaya. Saje lepak-lepak, amik gambar. Agak kurang ramai malam tu kat Dataran Putrajaya. Maybe sebab malam hari bekerja. So, parents tak sempat nak bawak anak-anak lepak situ.

Ok, macam biasa, AB memang suka letak gamabr kat hujung-hujung post ni. Hahahahha. Jom layan.






This is TITANS !


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments: