Dari Engineer Sekarang Jual Ketupat Bawah Pokok


Tengah malam tadi lepas post entry Random Act of Kindness , AB ternampak sorang saudara ni post dalam group Facebook Anak Jati Muar. Berkenaan anak sedaranya yang kin menjalankan perniagaan menjual ketupat dan lauk pauk hari raya. So, AB nak share la kat sini. Siapa yang berminat boleh call no bawah tu ye. Kat bawah ni AB copy and paste kan post saudara Baharuddin Mohamed.





Ini gambar anak saudara saya Ariff. Umurnya 23 tahun, Lepasan pelajar UiTM dan seorang bekas pelajar fakulti kejuruteraan dan seorang engineer. 

Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi seorang engineer tetapi dari belum habis belajar pun dia sudah minat berniaga. Setiap hujung minggu berulang alik ke Muar dari shah alam ikut projek catering, bekerja di dimpian hotel dan dimpian kopitiam. 

Sekarang dari engineer dia jual ketupat. Orang kata kalau dah nak berniaga tak payah belajar pandai. Tapi saya kata nak pandai kena berniaga.

Dia buka kedai kecil-kecil. Dia anyam ketupat sendiri. Sehari buat 50 lakunya 10. Dia tak putus asa. Sekarang setiap hari boleh laku 100 biji. 

Dah mula ada orang buat tempahan untuk majlis kenduri. Sekarang musim buat duit bukan buat bisnes. Fokus kecil-kecil asal berhasil. Inilah impian saya semua keluarga saya berfikir menjadi usahawan. Minda bisnes. 

Di sekolah dan di universiti mengajar anda bagaimana bekerja kuat untuk mendapat duit. Anda perlu belajar bagaimana menjana duit dari duit bekerja untuk anda. 

Sebarang tempahan dan penghantaran boleh dibuat melalui sma atau whatsapp ke +60146445237.

Berjual ditepi jalan di Parit Perupuk, Jalan Abdul Rahman. Sebelahan kedai Martabak Salman. Dari jam 3 hingga jam 7 petang setiap hari.

Saya cakap dengan ariff. Ramai lepasan ijazah mengharapkan bekerja dengan orang lain. Itu juga baik dalam mencari pengalaman. Tetapi alangkan baiknya ramai yang berfikir untuk berkerja untuk diri sendiri dari bekerja untuk orang lain. orang muda perlukan jati diri yang tinggi.

Oang muda perlu lambatkan kegembiraannya untuk kejayaan yang lebih besar. kejayaan adalah progrees bukan tujuaan yang dituju dan dicari. jika kita tiada impian sebenarnya kita mengejar impian orang lain. 

#biarkecilasalberhasil 
#BantuAnakMudaBerniaga






Adesss, lapar pulak AB tengok gambar-gambar ni. Semoga murah rezeki adik Ariff ni ya. Aminn.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. wow! anyam ketupat sendiri! memang rare! bestnya baca kisah ni.. sangat terkesan.. :))

    ReplyDelete