Random Act of Kindness

Malam tadi AB assisted students Form4 jawab past year exam aper. Kitorang buat tahun 2010 punya exam questions. Kitorang start dengan kertas 2. Pada Section C, students kena jawab soalan berdasarkan artikel yang disediakan. Artikelnya kat bawah ni.


Ambil gambar guna handphone je. Maaf la ye kalau tak jelas sangat. AB tertarik dengan artikel ni. Basically artikel ni berkenaan 'random act of kindness' / perbuatan baik yang tak dirancang. Dalam artikel ni ada sebut sebuah buku 'Pay it Forward' yang kemudiannya diadaptasikan kedalam filem dengan tajuk yang sama.

Kita nak buat baik, tak memerlukan duit yang banyak, tak memerlukan masa yang banyak. Contohnya, dalam hari-hari kita pergi kerja tiba-tiba ternampak ada seorang ni tengah tolak motor dia. Mungkin kita boleh berhenti kejap, tanya apa masalah. Minyak habis ke, tayar pancit ke. Kalau tak dapat tolong, mungkin boleh tolong informkan bengkel yang terdekat untuk hantar pomen tengok motor tu. 

Ataupun, untuk yang masih belajar tu, tolong cikgu/lecturer angkat buku masuk kelas ke. Atau macam-macam lagila benda yang boleh dibuat. Cuba try sekali buat macam tu, secara automatik kita akan rasa 'puas hati' dan happy deep in our heart. And percayalah, kita akan nak tolong orang lagi. Bila kita selalu tolong orang, Insyallah suatu masa nanti waktu kita pula dilanda kesusahan, ada orang lain yang akan tolong kita. Tapi ingat ya, tolong kena ikhlas, janganlah harapkan balasan. Tak dapat pahala nanti. ^_^


Lepas discussed pasal artikel ni, AB ada suruh students AB tengok video di Youtube bertajuk 'Kindness Boomerang' by LifeVestInside. Ianya berkaitan dengan artikel tu. Jom tengok !



Apa macam? Rasa triggered tak nak tolong orang? Lepas ni sama-sama la kita ringankan tangan,kurangkan beban. Ada satu lagi video ni AB nak share. Yang ni bukan berkenaan random act of kindness, tapi berkaitan la jugak kot.



And if you stand for nothing you'll fall for it all We got all we need, got no more You're never fully dressed without a smile

SENYUM ITUKAN SEDEKAH !
^_^


P/S : cikgu-cikgu mungkin boleh guna video-video ni untuk set induction pada topik yang berkaitan. Students happy dapat tengok video + ada pengajaran yang boleh dibincangkan.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment:

  1. kalau hati sehitam arang, org tergolek jatuh longkang mmg konfem buat2 tak terpandang,

    tapi kalau hati bersih dan terdidik kasih,tolong iklhas tak harap pun ucapan terima kasih.

    betul kan? semuanya kena dibiasa-biasakan.. nice entry!

    ReplyDelete