Apa Itu 'Flying Tent' ?




Semalam AB bukak Facebook, nampak ada kawan AB post berkenaan Flying Tent. Khemah Terbang? Eh, bukann..yang ni tak terbang. Hehehe.

Siapa yang dah tengok post tu mesti tertanya-tanya :

Berapa Harga Flying Tent ni?
Dimana nak dapatkan Flying Tent ?
Siapa penjual Flying Tent?
Free postage tak sis? Eh,,hahahaha..silap dialog pulak.

Flying Tent ni merupakan khemah 4 in 1 pertama didunia yang telah dikeluarkan oleh Startraveller Equipment GmbH. Haaa..panjang ya amat namanya kan. SEG ni syarikat yang telah ditubuhkan pada 2015 di Carinthia, Austria. Sebuah syarikat yang mengeluarkan peralatan-peralatan untuk outdoor.

Flying Tent merupakan semua khemah yang boleh berfungsi sebagai hammock, bivy tent(khemah atas tanah), flying tent (hammock yang dijadikan khemah) dan baju hujan. 

  
 
Haa..punyalah versatile khemah ni. Berat khemah ni hanyalah 1,2kg dan dilengkapi dengan kelambu nyamuk. Katanya cuma ambil masa 7 saat untuk dipasang. Wow. 7 saat. Sebab tulah tagline die, 7 seconds to the stars. Perghhh..punye laju. Untuk mereka yang suka outdoor, mesti teruja dengan khemah ni. Harga khemah ni AB tak tahu. Jualan secara online akan bermula pada bulan Julai ini. So, yang agak-agak nak beli Flying Tent ni, sila la pergi jengah website die. Wah, AB macam dah jadi marketing manager pulak kan. Hahahaha

>> FLYING TENT <<





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. Beli dimana barangx ini gang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk websitenya ya.. ini dia websitenya..bakal dijual dipasaran online pada Julai ini http://www.flyingtent.com/en/oxid/

      Delete
  2. Wow..! Smart..! Nak tidur pun rasa selamat dari hujan dan dari gangguan binatang. Btw, Reen baru follow blog Aksara Biruu. Follow Reen..? :)

    ReplyDelete
  3. first time icha baru tengok Flying Tent ni. Smart pula tu. kalau pergi camping, ikat tinggi-tinggi sikit,rs selamat skt drpd binatang liar huhu~

    ReplyDelete