Berapa Banyak Bahasa Yang Ada di Dunia?


Pernah tak terlintas difikiran korang, berapa banyak bahasa yang ada kat dunia ni? Dalam Malaysia je pon kita dah ada lebih 137 bahasa. YEEEE 137 bahasa yang digunakan. Selain dari 3 bahasa majoriti; Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, Malaysia juga mempunya beberapa bahasa lain seperti; Bajau, Jawa, Bruneian, Murut, Lundayeh/Lun Bawang, Rungus, Bisaya, Iranun, Sama, Suluk, Hokkien, Cantonese, Hakka, Hainanese, Punjabi, Malayalam, Telugu dan banyak lagi.

Sebenarnya kat dunia ni ada lebih 6,909 bahasa yang telah direkodkan secara spesifik pada tahun 2009. Dan jumlah tersebut semakin meningkat. Bukan kerana lahirnya bahasa baru, tapi sebab pakar-pakar linguistik ni baru jumpa sekumpulan manusia yang masih menggunakan bahasa-bahasa tu. 

kredit gambar : Minna Sundberg

Dalam gambar tu pecahan asal-usul sesebuah bahasa. Kalau korang masuk Tingkatan6/ Pra-U benda ni ada ajar dalam subjek Bahasa Melayu. Tapi fokus utama hanyalah pada asal usul Bahasa Melayu sahaja. 

Dalam beribu bahasa ni, hanya 230 sahaja bahasa yang digunakan di Eropah, manakala sebanyak 2,197 bahasa digunakan oleh penduduk di Benua Asia. Papua New Guine diakatakan satu-satunya kawasan yang mempunyai bahasa percakapan yang paling banyak. Dengan populasi penduduk sebanyak 3.9milion, jumlah bahasa yang digunakan adalah sebanyak 832 bahasa. berganda dari Eropah yang lagi besar dari Papua New Guinea tu.


'Apa yang membuat sesebuah bahasa berbeza antara satu sama lain adalah lebih kepada isu sosial dan politik berbanding hal linguistik'

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment:

  1. nice share.. banyak lagi bahasa yg kita tak tahu rupanya..

    ReplyDelete