My Stupid Boss (2016) Gabungan Indonesia dan Malaysia


Assalamualaikum!

Hari ni AB nak share sedikit info berkenaan filem My Stupid Boss. Mula-mula AB tak tertarik nak tahu pasal filem ni, tapi bila nampak nama Bront Palarae kat poster filem ni terus AB teruja. Hahaha. Favourite actor AB tu selain dari Beto Kusyairy.

Filem ni merupakan arahan Upi Avianto pengarah dari Indonesia. Filem yang ditunjangi oleh Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian ini merupakan filem terbitan Falcon Pictures sebuah syarikat penerbitan Indonesia. Manakala pelakon pembantu dibarisi oleh beberapa pelakon Malaysia ; Bront Palarae, Atikah Suhaimie, Chew Kin Wah atau nama Islamnya, Anuar Chew Abdullah dan Iskandar Zulkarnain.

Filem ini memilih Malaysia sebagai lokasi penggambarannya. Dann, terdapat selingan lagu popular Dato' Siti Nurhaliza, Cindai ! Unik gila wehh. Filem ini bakal ditayangkan serentak di tiga buah negara berjiran Indonesia, Malaysia dan Brunei pada 19 May 2016. Jom kita tengok ramai-ramai kat panggung wayang!

Sinopsis :
My Stupid Boss menceritakan kisah bossman yang berkelakuan tidak masuk akal dengan pekerjanya. Bossman (Reza Rahadian) adalah warga Indonesia yang memiliki sebuah syarikat yang besar tetapi tidak teratur di Kuala Lumpur. Punca kekucar-kaciran dalam syarikat tersebut berpunca daripada Bossman itu sendiri. Prinsip pertama pengurusannya ialah : Boss is Always Right. Apa sahaja yang dikatakan dan diarahkan oleh Bossman adalah betul dan hendaklah dilaksanakan. Manakala prinsip beliau ialah: Impossible We Do Miracle We Try. Pekerja yang sering menjadi mangsanya ialah Diana, setiausaha Bossman. Dia perlu membahagikan masa di setiap masa dengan kemungkinan yang tidak pernah terduga. Setiap hari Diana berhadapan dengan telatah bosnya yang menguji kesabaran.

Jom tengok trailer kat bawah ni.


Jangan lupa click banner Mr Nuffie kat atas tu ye dan jugak tinggalkan komen anda. Nanti AB boleh blogwalk ^_^


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. macam menarik tp kena ada geng baru best layan citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..kene ada geng baru meriah sikit

      Delete