#DapurBerasap : Jagung Cheese Homemade

Assalamualaikum! Haa, kelmarin AB dah share resipi (resipi lah sangatkannn) jagung susu homemade. Klik >> SINI << utuk tengok. So, hari ni nak share pulak resipi jagung cheese. Jagung cheese ni sama je macam jagung susu, bezanya satu cheese satu lagi susu. OK, membantu sangatkan penjelasan tu.

Resipi ni AB ada terjumpa kat Facebook. Tapi AB tukar sikit. Tak ikut 100% resipi tu. Sorry tak dapat nak bagi link resipi tu, AB cari pon dah tak jumpa. Ok, meh nah tengok AB buat jagung cheese.

Bahan-bahan

  1. Jagung tin
  2. Cheese (tak kisah yang mana. AB guna yang keping. Murah sikit.
  3. Mentega / Planta
  4. Garam
  5. Gula

Caranya :
  1. Panaskan jagung and sedikit air jagung dalam tin tu. AB guna teknik double boiler.
  2. Bila dah panas, masukkan mentega / Planta. Tak payah banyak sangat.
  3. Masukkan cheese. AB letak 2 keping. Yang ni ikut tekak masing-masing.
  4. Garam sikitttt je sebab cheese dah masin. Kalau tak nak letak pon boleh.
  5. Agak-agak kalau nak manis sikit, letak gula.
  6. Gaul sebati.
  7. MAKAN !

Hehehehe..rasanya macam berlemak-lemak gitu. Memang menggalakkan pengumpulan lemak dalam badan. Hihihihi. Siapa yang minat cheese, boleh try ni. Ok, gambar kat bawah yeee

Garam, cheese and planta


Masukkan keju


Siap! Yang compartment kecil tu jagung susu. Yang compartment besar jagung keju.


Tekstur jagung keju


Tekstur jagung susu


Ni AB letak dalam satu sudu. Kiri jagung cheese, kanan jagung susu. Nampak sikit bezanya.

Jangan lupa click banner Mr Nuffie ka atas tu ye.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment