Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kami di Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas Kuantan. Kitorang bertolak pukul 3.30petang tadi dan sampai di SMVPKK pada pukul 8.30malam. Sampai je disekolah ni kitorang diescort oleh guru ke dorm masing-masing. Sekolah ni dalam satu dorm ada 8 buah katil, ada connecting toilet. Sebenarnye toilet tu diconnect dengan dua dorm. Kira sangat ok la ni. Sekolah baru pulak tu.
Lepas dinner, kitorang teruskan dengan sesi Q&A dengan cikgu-cikgu kat sini. So, macam la kitorang tanya untuk dapatkan maklumat mengenai student kat sini. Diorang ni ada belajar teknik-teknik yg lain-lain. Contohnya ada yang belajar mencanting batik, ada yg belajar bela ikan, tanaman, dan menggunakan mesin.
Dah habis sesi Q&A, kitorang siapkan apa yg perlu disiapkan untuk aktiviti. Masa kerja AB dah siap, AB pon pergila mengacau orang lain. Lepas tu tersepak tiang batu. Ni la hadiahnya
Ok la, sambung esok ye. AB nak berehat sambil jati berbungkus ni. Huhuhu
No comments:
Post a Comment