School Service SMT Vokasional Pendidikan Khas Kuantan : Part One

Salam semua, hari ni dah masuk minggu ketiga kuliah kat UPM ni. Weekend ni ada satu lagi program yang students TESL UPM kena anjurkan. Iaitu MaD Program. MaD tu stand for 'Make A Difference'. Program ni agak berbeza dari program yang pernah kami anjurkan 2 semester lepas. 

Dua semester lepas kami ada anjurkan program pemantapan Bahasa Inggeris dengan pelajar sekolah. Tapi masa tu dengan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Sains Banting. Best gilaaaaaa program tu. AB ada cerita kat blog lama AB, tapi nanti kejap lagi AB update baliklah kat blog ni. Nanti klik gambar kat bawah ni ya.



Okay, untuk program kali ni kami ditugaskan untuk anjurkan program dengan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Pendidikan Khas Kuantan, Pahang. Fuhhh, punya panjang nama. Kali ni tugasan agak mencabar sebab kali berprogram dengan pelajar-pelajar pendidikan khas. 

Kami diberitahu tahap pendidikan akademik mereka adalah ditahap budak darjah satu. Tapi ada sesetengah yang okay. Tambah mencabar lagi, daripada 196 pelajar pendidikan khas tersebut, 29 orang diantara mereka adalah dibawah kategori masalah pendengaran. Pelajar yang lain dibawah kategori autism, dyslexia dan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

Program ni berjalan pada hari Sabtu dan Ahad ni. Tapi Jumaat kitorang dah gerak ke Kuantan. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Nanti dah settle program, AB update lagi kat sini ye. Bawah ni banner yang AB siap buat untuk program ni. 



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment