Perencah Mee Bandung Muar

Esok sudah mau balik KL. Huhuhu. Beg tak kemas lagi ni. Tadi petang AB pi bandar Muar kejap, beli perencah mee bandung Haji Sernan. Oleh sebab Muar ni tempat kelahiran mee bandung, banyak la perencah mee bandung keluar. Antara yang famous ialah brand Haji Sernan, Mak Pon, Maharani, Abu Bakar Hanifah. Yang lain AB tak taula. 

Yang AB beli tadi petang ialah Haji Sernan punya. Family kitorang kalau masak mee bandung memang beli brand ni. Sebab kena dengan selera masing-masing kot. Kedai Haji Sernan ni dibuka dekat depan Stadium Muar. Kedai dia macam gudang sikit. Selain perencah mee bandung, ade jugak perencah lain macam soto, mee rebus dan lain-lain. Tapi tadi AB beli yang mee bandung je. Selain tu, ada jugak barangan keperluan harian yang lain macam sabun, minyak masak, air minuman. Ala-ala kedai runcit la kiranya.

Untuk perencah mee bandung, Haji Sernan ada keluarkan 2 saiz peket. Satu kecik, satu lagi sederhana. Yang kecil harganya RM 3.50. Hidangan untuk 2-3 orang. Beratnya AB tak perasan tadi.
Untuk paket yang sederhana harganya RM7.90. Yang ni hidangan untuk 8 orang. Beratnya 400gram kot. Hehehehehe


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment