'Grammar Police' kah Aku?




Sebagai students TESL, kami dibelenggu dengan pelbagai dilema. Antaranya dilema nak betulkan grammar dan spelling orang lain. Yela, kami sedar grammar kami pon tidaklah sebaik dan sebagus mana. Kalau bagus, dah lama blog ni AB tulis in English instead of Bahasa Melayu. LOL

Kita tengok sekarang ni semua orang nak selitkan satu dua ayat English dalam status Facebook, caption Instagram, tweet, moment Wechat ( yeke moment tu kat wechat? ) dan jugak memacam lagi. Dan., kadang-kadang tu AB selalu la jugak terbaca ayat-ayat yang jelas simple grammar atau ejaan perkataan tu silap. Dan disinilah bermulanya dilema.

Tangan gatal je nak komen betulkan word/grammar tu. Tapi takut tuan punya status tu kecil hati. Biarpun kawan sendiri. Nanti timbullah ayat 
' tau la budak TESL..nak bajet pandai lettuw '

Adoii..niat kami ikhlas nak betulkan kesilapan tersebut supaya awak tak ulang kesilapan yang sama dan memalukan diri sendiri bila orang lain baca. Dan sesungguhnya kekadang ayat tu boleh membawa maksud yang lain bila silap grammar sikit pon, apatah lagi bila salah ejaan. Kami faham, orang lain jugak sebenarnya merasakan sebegitu dan ada hajat dan keinginan untuk betulkan kesilapan tersebut. Tapi.....


Warghhh..dilema sungguh.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. sya suka klu ada yg tegur sebab boleh improve.. Nanti xla malu sendiri bila salah walaupun simple ayat ja.. tapi kan klu tegur tu jgn serius sangat..haha..macam cikgu tegur student plak..haha

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kena pandai buat ayat dan tgk org jugalah kenn.. ada yg x boleh trima. dendam nnti uii

    ReplyDelete
  3. bole pm saya kay! haha... joking2... sy plg lemah grammar :)

    ReplyDelete