#JobTalk : Freelance Designer






Bermula minggu ni, AB dah start keje sebagai freelance designer. Ceewahhh..nama macam hebat je kan. Hahahha. Freelance designer ni kiranya designer yag bergerak secara bebas. Macam partime job. Kalau ada masa, ambil la job. Kalau busy sangat, terpaksa la tolak. 
Apa yang AB design ? Oleh sebab before this AB ada pengalaman design pamphlet, poster, badge, business card, label tag dan invitation card, makanya AB bukak la order untuk sesiapa upah AB design benda-benda ni semua. 

So far, Alhamdulillah. Iklan keluar hari Isnin pagi. Balik sekolah tu dah ada orang call mintak buatkan design sticker dan pamphlet. Rezeki. Alhamdulillah. Harga pulak, oleh sebab AB buat tak ler power mana dan masih lagi belajar, AB cuma charge RM10 untuk 1 design. Macam ada abang tu mintak AB designkan sticker dengan pamphlet, so AB charge cuma RM20. Mana-mana designer power mesti charge lebih lagi dari tu. Yela, end product pon power baq hangggg.

Ok daa..nak sambung mengedit. 

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment