Inai Homemade !

Assalamualaikum !

Sekarang ni musim cuti sekolah, bermaksud musim orang kahwin! Hari ni AB sesaje berangan nak pakai inai. Sebenarnya tergoda tengok iklan inai kat Facebook tu. Merah makgah kau warnanye. Tapi AB tak nak beli. Takut jugakkan kalau ada campuran bahan-bahan yang berbahaya. Macam yang viral suatu ketika dulu. Kawasan yang menggunakan inai segera tu menggelembung, bengkak, macam kena blister. Errrr..takut.

So, AB buat sendiri je. Kejap je pon dah siap. Tak sampai 20 minit! Jom tengok bahan yang AB guna dijamin halala toyyiban dan selamat, Insyallah.

-Daun inai. Petik dari belakang rumah je
-Gambir. Beli kat kedai runcit
-Nasi. Lebihan nasi semalam
-Arang.
-Kunyit.

Jom buat!
-Blender daun inai gune blender kering.
-Tumbuk gambir,kunyit,arang dan nasi sampai lumat.
-Campurkan daun inai dengan gambir,kunyit,arang dan nasi yang dah lumat tadi.
-Titiskan air untuk bagi sebatian tu lembap.
-Boleh dah tenyeh kat jari.

OK, AB nak share sikit sebab guna bahan-bahan tambahan kat atas tu.

Gambir - menambah tahap kemerahan inai
Nasi - meningkatkan tahap kemelekatan sebatian. Kire takde la merekah pecah nanti.
Arang - menjadikan warna inai lebih gelap. Sebab tu guna sikit je. Kalau gelap sangat nanti tak lawa pulak.
Kunyit - Memberi efek keorenan.

Bahan yang kat atas ni nak letak boleh, tak nak letak pon boleh. Kadang-kadang AB letak gambir je. Depends la pada individu tersebut. Benda ni pon AB tau masa Moksu AB nak kahwin dulu. So, makcik-makcik kampung bagitau la apa yang boleh letak akt inai tu.

Jom tengok gambar!
Daun inai yang segar!

Blender daun inai menggunakan blender kering.

Hasil setelah diblender.

Hasil setelah dicampur dengan bahan tambahan (arang,gambir,nasi,kunyit dan air)

ok pakai !


Nanti dah nampak hasilnya, AB share ye ^_^





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment