Part IV : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Assalamualaikum

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Ok last entry untuk pengalaman AB masa interview guru haritu. Kali ni berkenaan soalan-soalan yang ditanya. Masa sesi AB, ada 2 orang panel. Sorang tu Dato' Seri dan sorang lagi guru cemerlang. Dato' Seri tu tanya soalan berkenaan hal-hal semasa, dan isu isu berkaitan pendidikan. Yang guru cemerlang pulak tanya perkara berkaitan dengan bidang kita. Macam AB under TESL, so dia tanya soalan berkaitan Bahasa Inggeris.

Tak ada skema soalan ye, sebabnye dari satu soalan tu, panel akan tanya soalan seterusnya berdasarkan jawapan calon. Contoh masa AB panel tanya, apa cabaran mengajar Bahasa Inggeris. Ada calon jawab,students tak faham dan menyebabkan beliau terpaksa mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dalam term lain, 'codeswitching'. Then, dia tanya, apa pendapat kami sebagai bakal guru terhadap 'codeswitching'. And it goes on and on and on.

  • GENERAL INFORMATION
  1. Nyatakan ciri-ciri guru cemerlang.
  2. Adakah anda ada ciri-ciri guru cemerlang yang anda nyatakan tadi?
  3. Apa yang akan anda lakukan untuk menjadi guru cemerlang?
  4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Bagaimana anda nak memastikan FPK dapat dicapai?
  5. Adakah FPK penting?
  6. Kenapa anda katakan objektif FPK masih belum tercapai 100%?
  7. Siapa yang memainkan peranan penting dalam memastikan FPK dapat dicapai?
  8. Anda setuju guru memainkan peranan penting? Kenapa?

  • TESL / TEACHING RELATED
  1. Apakah cabaran mengajar Bahasa Inggeris?
  2. Adakah anda setuju dengan 'codeswitching'?
  3. Apakah yang diajar oleh pensyarah anda berkaitan 'codeswitching'?
  4. Kenapa guru perlu mengadakan aktiviti 'fun learning'?
  5. Nyatakan satu aktiviti kokurikulum yang pernah anda jalankan dan kaitkan dengan subjek Bahasa Inggeris.
  6. Adakah pelajar berasa seronok sepanjang aktiviti kokurikulum tersebut dijalankan?
  7. Apakah objektif sebenar aktiviti kokurikulum tersebut? Adakah untuk pelajar berasa seronok sahaja?
  8. Berkerja dibawah tekanan. Adakah anda bersedia?
  9. Adakah mengajar susah?? (ini soalan trik wooo)
Sesi soaljawab ada 2 bahagian. Yang pertama soalan individu. Yang kedua soalan terbuka. Untuk soalan individu, panel akan nyatakan soalan dan panggil nama calon untuk jawab soalan. Untuk soalan terbuka, panel akan tanya soalan tanpa sebut mana-mana nama calon. Nak jawab, angkat tangan dan minta izin dahulu.

  1. Elakkan meminta panel ulang soalan. Tu nampak beno korang berangan. Jangan berangan yeee.
  2. JANGAN terburu-buru nak jadi orang pertama yang jawab. Takde extra marks pon. Panel nak cari jawapan yang ringkas tapi tepat. Kalau korang jawab awal dan panjang-panjang tapi takde point pon tak guna jugak.
  3. JANGAN ulang point jawapan yang calon lain dah bagi.
  4. Jawab dengan yakin. Cuba kurangkan gagap. Kurangkan juga penggunaan 'errrr' , 'aaaa'
  5. JANGAN guna bahasa pasar. Eye contact itu penting. Tengok je mata panel yang bercakap tu. Sesekali anggukkan kepala menandakan anda memberi sepenuh perhatian terhadap panel. 
  6. Kalau tak tahu/tak pasti jawapan yang tepat, jangan goreng. Cuba untuk jawab tapi intro la dulu "I'm not very sure about this topic, but in my opinion......" "I'm sorry but i don't know the exact answer for this question. However I will try to do some research about this topic after this". Ni menunjukkan effort, if korang tak tahu pon korang still nak carik jawapannye. 
Ok, tu je yang AB mampu ingat. Sesi kumpulan AB berlangsung selama lebih kurang 50 minit je. Tak de la lama sangat pon. Korang kalau dah duduk dalam tu, sekejapppp je rasa masa berlalu. Kalau ade AB teringat lagi nanti AB update entry ni.

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

 Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments:

  1. salam kak, saya nak tanya berapa lama untuk keputusan keluar kita layak ke x? terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam kak, saya nak tanya berapa lama untuk keputusan keluar kita layak ke x? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dik..boleh tengok entry akak yg terbaru ye..akak ada bgtau details..tq http://aksarabiruu.blogspot.my/2016/09/penantian-suatu-penyiksaan.html

      Delete