Jenis-jenis Bag Yang Anda Perlu Kenal

Duffel bag, sachet, Minaudiere

Pernah dengar tak istilah-istilah kat atas tu ? Haa, kalau kornag nak tahu, istilah-istilah kat atas tu adalah nama beg yang digunakan oleh orang perempuan. Perghh, punye pelik nama. AB pon first time dengar ni. Biasa guna 'handbag'. Macam mana rupe pon, panggil handbag juga..hahaha.

Okeh, oleh yang demikian, AB nak share jenis-jenis bag yang perlu anda kenal. So, kalau mak, kakak, adik, isteri atau tunang mintak, nanti dah kenal. Takde la tersalah beli ye. Kang merajuk pulak mereka.


1. Athletic bag
Beg yang besar diperbuat dari material yang lembut digunakan untuk mengisi pakaian atau peralatan sukan.


2. Backpack
Beg yang disandang dibelakang badan dan ditampung oleh 2 tali bahu. Boleh menggunakan kedua-dua tali atau satu sahaja.


3. Baguette Bag
Beg segi empat tepat yang menyerupai bentuk roti (baguette). Memanjang dari tepi tetapi mempunyai ruang yang terhad disebelah dalam.


4. Bowling Bag
Penciptaan asalnya adalah untuk membawa bola boling, tetapi telah diubah mengikut perkembangan fesyen.


5. Bucket Bag
Menyerupai bentuk sebuah bakul. Selalunya tidak bertutup/berzip dan tali bahu.


6. Clutch Bag
Beg kecil berbentuk rectangular. Tidak bertali dan selalu digunakan untuk majlis-majlis ekslusif. Mempunyai hiasan seperti manik,sulaman atau batu perhiasan.


7. Duffel Bag
Satu beg besar biasanya digunakan untuk mengembara atau bersukan. Namanya berasal dari Duffel, sebuah bandar di Belium yang merupakan tempat berasalnya fabrik untuk beg tersebut. Beg Duffel kadang-kala dipanggil beg laut kerana popularitinya dalam kalangan pelayar.


8. Envelope Bag
Beg yang nipis berbentuk segi empat tepat dengan penutupnya berbentuk segi tiga dan menyerupai sampul surat


9. Fold Over Clutch
Bag kecil menyerupai clutch. Ada yang mempunyai pemegang dana da yang tidak tetapi boleh dilipat.


10. Hobo Bag
Beg yang mempunya ruang yang besar, berbentuk bulan sabit dibahagian atas. Mempunyai tali bahu yang panjang dan tali pendek. Mempunyai zip utama.
Ni favourite handbag AB ni..hahahaha


11. Messenger Bag
Beg ini mempunyai ruangan yang luas dan banyak kocek. Mempunyai tali bahu panjang. Biasanya berada diparas pinggang kalau pakai. Diperbuat dari fabrik atau material tahan lama.
Ni pon beg favourite AB jugak..hihihi


12. Minaudiere
Hampir menyerupai clutch, beg ini kecil sahaja dan biasanya digunakan untuk mengisi barangan hiasan wanita seperti gelang,cincin,rantai dan alat solek.


13. Satchel
Beg yang lebar, rata dibahagian bawah dan mempunyai 2 butang pembuka. Satchel boleh menjadi besar atau kecil.


14.Sling Bag
Beg kecil yang mempunyai tali panjang. Hampir menyerupai messenger bag tapi lebih kecil.


15. Tote Bag
Beg yang besar, mempunyai 2 tali pemegang. Selalu digunakan untuk membeli belah. Maklumla, besar. Boleh sumbat dalam tu..hehehehe


16. Wristlet
Beg berbentuk clutch, tetapi mempunyai tali pemegang kecil bersaiz gelang yang diperbuat dari kulit atau PU. 


Banyak jugak ye jenis-jenis handbag ni. Mana satu favourite korang?













Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. TAK SANGKA ADA BANYAK LAGI NAMA BEG YANG PERLU SAYA HAFAL.... HIHIHIHI... TERIMA KASIH UNTUK INFO NI YE...

    ReplyDelete
  2. tak tau pulak ada beg nama bowling beg. bg aku ni semua beg

    ReplyDelete