Misteri Duit Dalam Akaun


Haaa..gituu..tajuknye misteri sangatkan. AB nak share kejadian semalam petang. Akak AB ade whatsapp bagitahu dia dah masukkan duit bulanan untuk makabah. Biasanya adalah dalam RM500 dia masukkan. And kebetulan dalam akaun AB tinggal RM19.00 je (sedih gila hidup seorang pengganggur ni).

So, semalam petang AB pergi Maybank, cucuk kad dalam mesin ATM. Masukkan password semua and check baki akaun. Jeng jeng jenggggg die tulis kat skrin tu RM3339.00. WHAT??? Mustahil sangat akak AB nak masukkan sampai RM3K lebih, sebab gaji die pon tak sebanyak tu. Hahahaha. AB pon lupa nak check online dulu berapa jumlah yang dia masukkan. 



Dalam keadaan bingung tu, AB tekan cancel, and AB tekan balik button check baki akaun. Kali ni keluar satu nama Cina, dan baki akaun RM10K something. Nak cancel kat screen AB tak reti sebab semua tulisan cina. Tindakan refleks, AB pandang keliling bank tu sebab nak panggil staff Maybank, kalau ada yang nampak la. Tapi takde pulak. Ada sorang uncle ni tengah beratur kat mesin ATM sebelah AB dah pandang pelik je. Hahahaha. In the end, AB cancelkan kat keyboard je.

Lepas tu tukar mesin ATM terus, barulah baki yang sepatutnya keluar. Fuhhh..Misteri betul. Agaknye mesin ATM tu rosak kot. Masa keluar baki RM3k tu sejujurnya AB berbelah bahagi, nak cancel atau nak withdraw. Hahaha..duit tuu. sape tak nak. Dah la tengah kering. Tapi AB teringat kes baru-baru ni yang mana tiba-tiba ada sejumlah duit dalam akaun seorang wanita ni,dia guna and kena bayar balik. beratus ribu pulak tu. Nasib baik AB tak jadi nak withdraw. 

Baru nak fefeling putera Arab masukkan derma..hihihihi

Agaknya apa yang korang nak buat ye kalau benda yang sama berlaku kat korang? Nak keluarkan ke? Nak cancelkan?



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. yang kes lepas tu, salah perempuan tu ye? tapi kan, yang sebenarnya, dia bukan buat apa pun, dah dia tekan akaun dia, tiba-tiba keluar duit banyak macam tu, memang la dia suka dan senang hati. duit kot. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahkamah kata salah dia and dia kena bayar balik duit yang dah guna and denda sekali..tapi pada pendapat AB, tu bukan salah dia..dah memang duit tu ada dalam akaun die kannn..hihhihi..siapa taknak duitkann

      Delete