Susahnya Nak Dapat Kerja



Ini bukan rungutan, cuma luahan perasaan. AB tengah sedih ni. Sob sob sob. Hampir setahun AB habis belajar, tapi masih tak ada kerja tetap. Masa habis belajar bulan Mei tahun lepas, AB ada join kem motivasi untuk  anak-anak TNB, jadi fasilitator. Dapatlah duit poket sikit. 

Balik Muar, AB kerja di kedai alatulis sekejap, lepas tu berhenti sebab exboss AB dekat BHPetrol called suruh masuk kerja sana sebab dia tahu AB tak posting lagi. So, kerja la situ tapi ikat kontrak sampai bulan Februari 2016 je. Sebabnya nak ikutkan interview dan posting adalah dalam waktu tu. So, bos awal-awal cakap. Dan lepas bulan Februari haritu, AB start mengajar tuisen pada sebelah malam. Pada sebelah pagi, AB jadi kerani di pusat tuisen tu, tapi yang kerani bertahan untuk setengah bulan je atas sebab-sebab peribadi. AB ada update entry kalau tak silap pasal tu.

So, dari bulan Mac, sampailah bulan Mei ni AB dok menganggur. Haihh. Memandangkan malam AB ada ajar tuisen, so kerja-kerja yang AB cari semua untuk sebelah siang sahaja. Banyak kot tempat sekitar Muar ni AB try mintak, guru sandaran, Mahkamah Muar, office Ah Long berdaftar, kedai perkakas, belum lagi yang online. UMP, MRSM, UITM, MAIWP dann banyak lagi. Haihhh.

Eh, ade degree pon susah ke? Secara jujurnya mostly company-company kat Muar ni taknak amik AB kerja sebabkan degree ni la.

 "Awak ada degree ni, nanti mesti nak gaji tinggi"

"Ni degree pendidikan, nanti mesti jadi cikgukan. Duduk rumah je la tunggu posting"

"Ada degree ni nanti mesti kena panggil kerja dengan government"

"Kami nak pekerja tetap, awak kalau dapat posting mesti awak pergikan?"

Haihh..sedihnyela hati. Tiap-tiap kali sebelum tido, lepas bangun tido or tengah tengok tv mesti AB bukak group Anak-Anak Muar, cari mana-mana post berkaitan kerja kosong. Tapi tula, bila kata boleh kerja siang je, kene rejek pulak. Malam AB mengajar tuisen dah, takkan nak berhenti yang tu, kesian anak-anak tuisen kat situ.

Buat resume 10 salinan pon dah habis, gambar passport sampai 3 kali cuci dah untuk letak akt resume dan borang. 

Bila la nak keluar keputusan interview dan posting ni. Haihhh. Dah la dah nak raya ni. Kalau duduk sorang tak pe lagi, Tapi duduk dengan family, dah la tak dapat tolong bayar duit motor, tak dapat hulur mak abah duit. Sedihhhh. Nak harapkan duit mengajar tuisen tu alahai, RM400 je sebulan.

Penat pulak meroyan kat sini. Hahahahha. Kbaii..korang yang nak beli jubah untuk raya tu pi singgah onlineshop AB. Link ada kat bawah post ni, yang sebelah kanan. Jemput shopping la yeee.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. insyaALLAH..akan ad rezeki yg tepat utk mu.banyak kn bersabar dan berusaha.saya pernh rasa mcm yg awak rasa.

    ReplyDelete
  2. Saya juga tengah diuji, dah setahun tdk kerja,dah setahun gaklah cari kerja.
    habis dah duit simpanan... Sewa rumah, Krt, motor, letrik air.. Tawakkal aje lah..

    ReplyDelete
  3. Saya juga tengah diuji, dah setahun tdk kerja,dah setahun gaklah cari kerja.
    habis dah duit simpanan... Sewa rumah, Krt, motor, letrik air.. Tawakkal aje lah..

    ReplyDelete