TopTen : Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Hari ni AB nak share Top Ten juadah berbuka puasa. Top ten ni berdasarkan apa? Berdasarkan pilihan AB lerr..hehehehhe. Mana la tau, kot-kot boleh jadi suggestion untuk juadah korang berbuka pulak kan.

1. Murtabak
Dalam gambar ni adalah murtabak Singapore yang femes kat Muar ni. Tapi AB lagi suka murtabak Penang ada sorang pakcik ni jual kat kampung AB. Tapi tahun ni dia tak meniaga pulak sebab rumahnya sedang sibuk direnovate.


2. Air Katira
Ohoiiii...air ni keluar time bulan puasa je tau. Sedap yakmattt. Hihihihi


3. Kuih Muih
Pencuci mulut jangan lupa ye. Kalau AB, AB suka kuih popia sayur, apam kecil dan kuih bakar berlauk. Yang lain tu tengok rupe bentuk dulu,kalau nampak macam sedap, baru AB beli.


4. Nasi Ayam
Nasi ayam! I like! Lagi-lagi kalau dapat ayamnye yang lembut dan sambal yang power! Pergh


5. Bubur Lambuk
Bubur lambuk ni biasanya timbul masa 2 masa je. Satu masa hari Asyura, kedua masa bulan Ramadhan. 


6. Nasi Ambeng
Tak jawa la kalau takde nasi ambeng kan! Ok, Ada yang panggil nasi ambang, ada yang panggil nasi ambeng. AB lagi suka panggil nasi ambeng. Ada bunyi jawa sikit. Hehehehhe
Pada pendapat AB, nasi ambeng yang perfect mengandungi nasi,ikan masin bulu ayam,serunding,sambal goreng jawa,ayam masak kicap, dan sambal belacan. Tudiaaa..tengah type ni pon perut dah menyanyi-nyanyi terbayang nasi ambeng.


7. Tau Foo Fah
Satu lagi pencuci mulut. Tau foo fah ni sedap makan masa baru beli. Lagi-lagi kalau dapat yang tauhunye lembut, mengalir dianak tekak melalui aesofagus dan masuk ke perut. Eheh.


8. Ayam Golek/Ayam Percik/Ayam Panggang
Haa,,sekali tiga. Semuanya berasaskan ayam. Semuanya sedappppppppp




9. Roti John
Haaaa..Subway versi Malaysia katanya. Baru-baru ni femes kat Muar pasal roti john cheese sekapal.  Nak tengok? gambar kt bawah roti john biasa ni ye.

HAAAA...tarik sampai Singapore nun baru putus agaknye. Dah cheese sekapal die letakkan. Nampak macam sedap gak ni..erkk


10. Roti Jala dan Kari Ayam
Ada yang panggil roti kirai jugak. Mak aih, sedapnye la kalau dapat roti jala ni wehh. Kaler kuning keemasan gitu.


Habis sudah topten kali ni. Gambar-gambar semua AB rembat kat Google ye. Mohon halal dari tuan punya gambar. Bukan AB ambil sendiri. Takdan nak ambil satu-satu naaa. Belum sempat snap dah kene ngap dulu. huhuhu

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. Huhu.. teringin berbuka lauk pauk kampung

    ReplyDelete
  2. Huhu.. teringin berbuka lauk pauk kampung

    ReplyDelete