Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

SELAMAT HARI RAYA

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak update blog. Lamakan menyepi..cewahh..ada sebabnya. Sebab laptop AB tak boleh bukak. Agaknye dah sampai masa dia. Huhuhu. Nak update guna handphone pon, handphone AB buat hal. Haihh..dugaan betul.

Dikesempatan ini, AB nak minta maaf kalau ada komen-komen atau entry AB yang menyinggung perasaan mana-mana readers dan followers AB. Maklumlah, tulisan dialam maya ni, kalau salah baca ikut intonasi yang betul boleh jadi salah faham jugak kan. 

Terima kasih buat semua yang click-click Piggybank AB kat tepi and atas ni. Naik jugaklah duit raya AB. Hehehe

Meh ler beraya rumah AB sapa yang kat Muar tu. K, bersediaaa semuaa. AB nak blogwalk ni. Lepas gian lama tak dapat bukak blog. Siapa nak AB singgah blog anda, sila tinggalkan link kat komen yeee..


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TopTen : Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Hari ni AB nak share Top Ten juadah berbuka puasa. Top ten ni berdasarkan apa? Berdasarkan pilihan AB lerr..hehehehhe. Mana la tau, kot-kot boleh jadi suggestion untuk juadah korang berbuka pulak kan.

1. Murtabak
Dalam gambar ni adalah murtabak Singapore yang femes kat Muar ni. Tapi AB lagi suka murtabak Penang ada sorang pakcik ni jual kat kampung AB. Tapi tahun ni dia tak meniaga pulak sebab rumahnya sedang sibuk direnovate.


2. Air Katira
Ohoiiii...air ni keluar time bulan puasa je tau. Sedap yakmattt. Hihihihi


3. Kuih Muih
Pencuci mulut jangan lupa ye. Kalau AB, AB suka kuih popia sayur, apam kecil dan kuih bakar berlauk. Yang lain tu tengok rupe bentuk dulu,kalau nampak macam sedap, baru AB beli.


4. Nasi Ayam
Nasi ayam! I like! Lagi-lagi kalau dapat ayamnye yang lembut dan sambal yang power! Pergh


5. Bubur Lambuk
Bubur lambuk ni biasanya timbul masa 2 masa je. Satu masa hari Asyura, kedua masa bulan Ramadhan. 


6. Nasi Ambeng
Tak jawa la kalau takde nasi ambeng kan! Ok, Ada yang panggil nasi ambang, ada yang panggil nasi ambeng. AB lagi suka panggil nasi ambeng. Ada bunyi jawa sikit. Hehehehhe
Pada pendapat AB, nasi ambeng yang perfect mengandungi nasi,ikan masin bulu ayam,serunding,sambal goreng jawa,ayam masak kicap, dan sambal belacan. Tudiaaa..tengah type ni pon perut dah menyanyi-nyanyi terbayang nasi ambeng.


7. Tau Foo Fah
Satu lagi pencuci mulut. Tau foo fah ni sedap makan masa baru beli. Lagi-lagi kalau dapat yang tauhunye lembut, mengalir dianak tekak melalui aesofagus dan masuk ke perut. Eheh.


8. Ayam Golek/Ayam Percik/Ayam Panggang
Haa,,sekali tiga. Semuanya berasaskan ayam. Semuanya sedappppppppp




9. Roti John
Haaaa..Subway versi Malaysia katanya. Baru-baru ni femes kat Muar pasal roti john cheese sekapal.  Nak tengok? gambar kt bawah roti john biasa ni ye.

HAAAA...tarik sampai Singapore nun baru putus agaknye. Dah cheese sekapal die letakkan. Nampak macam sedap gak ni..erkk


10. Roti Jala dan Kari Ayam
Ada yang panggil roti kirai jugak. Mak aih, sedapnye la kalau dapat roti jala ni wehh. Kaler kuning keemasan gitu.


Habis sudah topten kali ni. Gambar-gambar semua AB rembat kat Google ye. Mohon halal dari tuan punya gambar. Bukan AB ambil sendiri. Takdan nak ambil satu-satu naaa. Belum sempat snap dah kene ngap dulu. huhuhu

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Jom Hantar Kad Raya!



Assalamualaikum !

Alhamdulillah, demam dah semakin kebah. Tapi harini AB cuti lagi. Hehehehe..Hampir seminggu jugaklah cuti gara-gara demam mengejut ni. Dah lama tak demam teruk, sekali kenan, makan hari tak bangun.

Korang ingat lagi tak, last korang terima atau kad raya bila? Kalau AB, rasanya tahun 2009 kot tahun last AB dapat kad raya dari bff. Hahaha. Gila lama kan. Siap by post gitu hantar. Padahal tiap-tiap hari nampak muka. Tapi feeling raya gitu,kenalah abang posmen yang hantarkan.

Untuk tahun ni, AB rasa nak buat tukar-tukar kad raya la dengan korang. Ye! Korang yang tengah baca entry AB ni. Ni bukan la contest ke giveaway ke, ni saje-saje je. Korang hantar kad raya kat AB, AB akan buat entry siap backlink ke blog korang (satu kad raya, satu entry) dan of course la, AB akan balas balik kad raya korang tu!

Meriah laaaa kalau ramai yang hantar kad raya nanti ye. Sambil-sambil kita naikkan pageviews blog memasing. Wahh, macam syiok pulak. Harap-harapnya adalah yang sudi hantar kad raya kat AB ni ha. Kalau tak, krik krik je la benda ni. Sedihhhh

Sesiapa yang nak hantar tu, sila refer alamat ni :

Siti Su'aidah binti Ali
TL 32, Parit Pinang Seribu,
Jalan Temenggong Ahmad,
84150, Muar, Johor.

Dalam kad raya tu korang WAJIB sertakan
  1. Nama dan alamat korang
  2. Nama dan link blog korang
DUA tu je. Kalau takde alamat, cemana AB nak balas ye dak. Kalau takde link blog, cemana AB nak backlinkkan entry AB nanti. Haaa.. So, Jom hantar kad raya!

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu