Pengantin Baling Bunga dalam Masjid

Releven lagi ke peribahasa 'Biar mati anak, jangan mati adat'? Pada pendapat AB, peribahasa tu tak releven langsung dan macam mana lah boleh jadi peribahasa. huhuhu. AB tergerak nak tulis entry ni sebab tadi AB scroll FB, AB nampak satu post. Dan AB tergerak nak baca komen-komen post tu. 


Sumber dari Sukan Star TV. Gambar pengantin perempuan membaling bunga tangan ke bridesmaid. Lokasi ni macam dalam kawasan masjid. Tapi tak pasti pulak masjid apa. Well, mostly yang komen memang bash habis-habislah individe dalam gambar ni sebab mengikut adat perkahwinan Kristian. Baling bunga kat bridesmaid. 

Ada juga komen yang menyebut baling bunga hanya adat dalam perkahwinan Kristian, bukan termasuk dalam amalan wajib agama itu sendiri. Sama juga seperti adat bersanding dan menepung tawar dalam perkahwinan Melayu. Ianya hanya adat yang dicedok dari perkahwinan di India dari agama Hindu (De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) 

Mungkin kita dah sebati dengan adat bersanding dan menepung tawar sehingga kita tak merasakan ianya menyimpang dari agama. Wallaualam. AB nak cakap lebih lebih pon tak boleh sebab AB sendiri belum kahwin. Nanti tak pasal-pasal AB kahwin pon ada Jugak adat ni mau kene kejar dengan blogger lain. hahahaha. Tapi tula, kalau boleh nak elakkanlah adat pelik-pelik ni. Dengan gaya perkahwinan sekarang yang semua nak gah. Siap prewedding shoot, prematernity bagai. Orang ada rezeki lebih kan, bertunang pon dah macam kahwin.

Akhir kata, toksah lah ikut adat pelik-pelik yang kita tak tau dari mana datang, apa tujuan adat tu. merepek meraban. Tak pasal-pasal viral kat laman sosial. Berkenaan dengan gambar tu, perkara first yang AB nampak macam menjengkelkan adalah si bridesmaid tu. Siap melompat dalam masjid (kalau betul tu masjid la ) sebab nak sambut bunga je pon. Kesian pengantin ni. tak pasal-pasal femes kejap. huhuhu


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments:

  1. Tak tahu dah nak kata apa .............Biar yang pakar jawap hehehe .........

    ReplyDelete
  2. eh, tak kahwin lagi ye. hihi

    ReplyDelete
  3. Orang kita nie suka mengikut dan mencedok apa orang lain buat. Moga lepas nie kena la kaji sesuatu yang kita nak buat agar tidak terpesong dan tersesat...

    ReplyDelete