Akaun Twitter yang Perlu Anda Follow


Korang semua ada Twitter? Boring tengok timeline Twitter tu penuh dengan kawan-kawan berborak entah ape-ape? Okayh, AB nak listkan akaun Twitter yang korang perlu follow.

Sumber : Google


1- twt_malaysia
Basically, akaun ni akan ada seorang kurator yang berlainan setiap minggu. So, topik yang dibincangkan pon secara meluas dan bergantung jugak pada latar belakang kurator tersebut. Kalau kurator student, banyak la yang dibebelkan pasal suasana belajar, kampus dan lain-lain.
Sumber : Google



2- twt_backpacker
Untuk semua backpackers, travellers dan jugak kaki melancong. Akaun ini dibawakan khas untuk anda semua! Akaun ni SERIOUSLY sangat berguna untuk korang yang rajin berjalan. Cakap je nak pergi mana,soalan apa, Insyallah kurator/admin akan tolong bagi jawapan yang membantu. AB pon rasa macam nak pack barang pi travel bila baca tweet2 dari akaun ni.

Sumber : Google



3- twt_gym
Masa untuk mensadokan badan*tunjuk bicep*. Nescaya lepas follow akaun ni korang akan rasa bersemangat nak kurus, nak tambah berat atau nak keluarkan otot-otot kat tubuh badan korang. Kurator/ admin akan sentiasa bagi tips pemakanan yang seimbang, senaman yang bersesuaian dengan aim korang. Contoh nak kuruskan perut, senaman apa yang sesuai. Dan lepas melantak makanan raya tu elok lah korang start bersukan bersenam bereakreasi bersama keluarga balik. Ye tak?

Sumber : Google


4- TwtUpCampus
Akaun ni lebih mnjurus kepada siswa/siswi diMalaysia. Kurator adalah dari kalangan siswa/siswi dan ada jugak bekas pelajar yang mana dah selamat bekerja. Bukan saje berkomunikasi melalui Twitter, akaun ni jugak pernah buat 'meet-up' di luar alam maya. Diorang organise satu perjumpaan dengan follower diorang untuk merapatkan silaturrahim dan jugak tambah pengalaman/ilmu pengetahuan.

Sumber : Google


5- twt_filem
Akaun berlatarbelakangkan hiburan khususnya filem. Akaun ni pernah dicurate oleh pengarah-pengarah filem tempatan. Pernah jugak dibash oleh seorang pengarah filem tempatan. Pernah jugak dibackup oleh pengarah filem tempatan yang lain. haaa..gittuuuuu...siapa yang minat filem, nak tau filem terbaru kat wayang, nak tau info terkini pasal filem, meh le follow akaun ni.

Sumber : Google


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

4 comments:

  1. Hehehee ..Kak Lya tak berapa nak aktif ngan Twitter huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..AB selalu jadi silent reader je..baca tuit orang je..

      Delete
  2. kak KM tak aktif twitter huhu.. insta ngan fb je jalan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AB pulak, insta yang tengah tak aktif..huhuhu

      Delete