Juga dikenali sebagai 'Jalan Mati. Terletak di wilayah Yungas, Bolivia sepanjang 40 batu dari La Paz ke Corice. Kajian daripada Inter-American Development Bank, dianggarkan seramai 300 orang meninggal dunia dalam kemalangan sepanjang jalan ni.
Kalau korang nak tau, jalan ni jugak antara jalan yang boleh menghubungkan Bolivia dengan hutan Amazon yang famous dengan Anaconda tu. Awal-awal dulu jalan ni cuma ade 1 lane je. So korang bayangkanlah macam mana kalau selisih dengan kereta lain. Perghhhhhh tepi gaung tu kot. Tapi la ni diorang dan upgrade sikit tambah lane, rail tepi jalan, longkang, jambatan dan lain-lain.
Jalan ni terletak kat Gunung Taihang dalam wilayah Hunan, China. Atas gunung ni ada la perkampungan kecil yang memang jauh dari arus kemodenan dunia. Dulukala, kalau nak pergi kampung tu, diorang kene panjat la gunung tu. Dah la curam, kene panjat pulak tu. Tapi, kerajaan China dah pon buat jalan naik atas tu. Dengan tujuan memudahkan perhubungan antara orang kampung dengan masyarakat luar.
Jalan ni dibina oleh masyarakat tempatan sendiri. Tapi bajet kerajaan bagi la. Diorang start bina pada tahun 1972 and siap dalam tahun 1977. Terowong ni pulak dibuka untuk orang ramai pada 1 Mei 1977. Panjangnye dalan 1 batu, 16 kaki tinggi dan 13 kaki lebar. Terowong ni popular dan menjadi tarikan pelancong sebab terowong ni ada baaaaanyak 'tingkap'. So tourist boleh la berhenti drive kejap and tengok pemandangan kat luar 'tingkap' tu. Tapi, terowong ni amatlah bahaya bila tiba waktu hujan. Dah la gelap, dengan tempias air hujan, ribut lagi.
3. Lebuhraya Halsema, Filipina
Lebuhraya ni merupakan lebuhraya paling tinggi di Filipina in terms of altitude. Panjang lebuhraya ni adalah 150 batu dan menghubungkan Baguio dengan Benguet di wilayah selatan Luzon. Kebanyakan jalan disini tidak diturap dan sangat curam.
Kekerapan tanah runtuh, batu jatuh dan banjir lumpur menyebabkan lebuhraya ni adalah amat tidak digalakkan untuk dilalui pada musim hujan. Ditambah lagi dengan ketiadaan besi penghadang jalan. So, kalau terbabas memang kompem la kegaung jawabnyaa.
4. Jalan Taroko Gorge, Taiwan
Taroko bermaksud 'mengagumkan dan indah' dalam bahasa kaum Truku. Jalan berbukit ni ada baaanyak selekoh maut. Jalan yang bermula di wilayah Dongshi di bandar Taichung dan terhubung dengan Lebuhraya Suao-Hualien Highway di timur negara ini. Jalan ni ditutup masa berlaku gempa bumi dan taufan sebab ianya sangat berbahaya. Dengan selekoh maut, batu-batu jatuh dari atas bukit dan keadaan jalan yang berada kat tepi tebing curam.
Walaupun pemandangan kat sini mengagumkan dan indah macam nama yang diberi, tapi bahaya tetap menanti.
5. Jalan Siberian ke Yakutsk, Russia
Jalan ni sangat merbahaya masa musim sejuk. Musim sejuk kat Siberia dan Yakutsk ni adalah sepanjang 10 bulan. Lama gilaaaaa. Yang menyebabkan jalan ni merbahaya adalah kerana salji tebal, ais dan juga jarak penglihatan yang terbatas. Malangnya, ni je la satu-satunya jalan nak pergi Yakutsk.
Yakutsk ni pulak merupakan tempat yang pernah dicatat sebagai tempat bersuhu paling rendah diluar Antartika. Dalam bulan Januari, suhu yang direkodkan adalah -45 darjah Fahrenheit. Kadang-kadang suhu yang terlampau sejuk tu boleh menyebabkan jalan pon beku dan jadi ais. Which is, lagi menyukarkan kenderaan untuk lalu. So, diorang cuma ada masa around 2 bulan je untuk pergi ke Yakutsk dalam masa setahun tu.
6. Trollstigen, Norway
Trollstigen ni kalau dialih bahasa ke Bahasa Inggeris bermaksud ' Troll's Foothpath'. Jalan ni terletak di kawasan pergunungan Rauma, Norway. Macam dalam gambar tu, jalan ni ada selekoh maut, jalan yang curam dan sempit. Oleh sebab bahayanya tu, kerajaan Norway melarang kenderaan yang panjang lebih daripada 39 kaki untuk lalu jalan ni.
Tapi, jalan ni popular masa musim melancong. Dianggarkan sebanyak 2500 kenderaan akan lalu jalan ni setiap hari. Jalan ni ditutup masa musim sejuk dan musim bunga sebab salji yang amat tebal. Musim bunga pon ada salji gituu. Jalan ni siap dalam masa 8 tahun dan dibuka pada tahun 1936 oleh King Haakon VII. Jalan ni menghubungkan Andalsnes di Rauma dengan Valldal di Norhdal.
7. Sichuan-Tibet Highway, China
Jalan ni diantara Chengdu dengan Tibet. Ukurannya dianggarkan 1500 batu panjang. Untuk pengetahuan korang, jalan ni laaaagi panjang dari jarak Seattle, Washington ke SanDiego, California. Jalan ni dibina padal April 1950 dan dibuka untuk orang rama pada Hari Krismas 1954. Oleh kerana jauh yang amat jalan ni, sepanjang jalan tu korang boleh tengok pemandangan yang berbeza daripada bunga-bunga mekar sampailah ke salji putih.
Walaupun pemandangannya cantik gilaaaa, banyak jugak kemalangan maut yang melibatkan kereta kerana tanah runtuh dan batu jatuh. Jalan ni melalui 14 gunung-gunung tinggi dan berdozen sungai-sungai terkenal seperti Sungai Dadu, Sungai Lantsang dan Sungai Jinsha.
9. Zoji Pass, India
Jalan ini terletak di India dan dianggap salah satu jalan terpenting yang melalui gunung kerana ianya menghubungkan kawasan yang terpencil. Jalan ni menghubungkan daerah Leh di Barat Himalaya dan Srinagar di Lebuhraya Kebangsaan India.
Jalan ni sangatttt kecil dan berbahaya. Keadaan cuaca kat situ juga mempengaruhi tahap bahaya jalan tersebut. Kejadian angin kencang dan ribut sallji kerap berlaku. Sepanjang jalan ni dibuka, lebih dari 60 tanah runtuh telahpun berlaku. Jarak jalan ni diaggarkan sepanjang 5.6 batu *beza gila dengan jalan nombor 7 tadi*. Ketinggian jalan ni ialah setinggi 11575 kaki mejadikan ianya jalan tertinggi di India. Oleh kerana ketinggian jalan ni, ianya juga dianggap sebagai jalan paling berisiko dalam kalangan 'Himalayan Mountain Range'.
10. Jalan Fairy Meadows, Pakistan
Jalan ni bertempat di Pakistan Nanga Parbat, gunung kesembilan tertinggi di dunia pada ketinggian 26660 kaki. Gunung ini menjadi destinasi kegemaran pendaki gunung dan juga jurugambar yang meminati pemandangan berlatarkan alam sekitar. Bagaimanapun, nak pi naik ke Fair Meadows ni bukannya senang. Kena lalu halangan besar yang menyebabkan ramai pendaki dan jurugambar patah balik, tak sanggup nak hadapi.
Bahagian paling bahaya disepanjang jalan untuk naik ke Fairy Meadow ni merangkumi 6 batu pendakian jalan yang tidak ditura; dan tidak rata. Kat situ jugak takde penghadang jalan yang menghalang kenderaan dari jatuh ke gaung. Jadinya, siapa nak lalu jalan ni perlulah memiliki keberanian yang tinggi. Kelebaran jalan ni sesuai untuk jeep. Kalau lagi besar, memang tak muat la nak lalu.
ish3 bahaya2 betol jalan nye.. kecut perut nengok gambar.
ReplyDeletetu belom rasa sendiri lalu kat situ lagi =P
salam kenal,
ana-mizu.blogspot.com
Semuanya sangat bahaya.
ReplyDeleteBuatlah jalan baru yang boleh bypass.
bahaya ada di mana-mana. ^^
ReplyDeleteisk isk isk.. ingatkan jalan naik bukit larut aje yang mencabar :P hihi..
ReplyDelete