Satu Komen Satu Ringgit

Agak terlewat sikit untuk AB post entry ini. Tapi takpela, masih sempat lagi. Baru-baru ni Denai Hati telahpun melancarkan kempen '1 Komen 1 Ringgit' . Ni bukan cabaran terakhir iphone 5s ya, ni merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak Denai Hati untuk membantu keluarga Bachtiar Hidayah.


Sumber : Denai Hati


Rumah beliau telah hangus dalam kebakaran. Tapi Alhamdulillah tiada korban. Untuk membantu keluarga Bachtiar Hidayah ni korang cuma perlu tinggalkan komen kat mana-mana entry Denai Hati bermula daripada 19 Oktober sehingga 26 Oktober ini. Setiap satu komen anda bernilai RM1. Meh la kita serbu Denai Hati. Untuk menyalurkan bantuan dengan cara lain pon boleh jugak. Sila refer link kat bawah ni ya.



Sama-samalah kita mambantu meringankan beban rakan blogger kita. Dan semoga keluarga Bachtiar Hidayah tabah menerima ujian tersebut.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments: