#DapurBerasap : Jagung Susu Homemade

Sumber : Google

Kalau lepak-lepak kat Tanjung Emas, Muar AB selalu beli jagung susu atau lebih dikenali dengan corn cup kat situ. Dulu-dulu corn cup no baru RM2 secawan, sekarang dah RM2.50..sesetengah tempat ada yang jual RM3 secawan. Huihhh..mahal baq hang. Tapi yang AB tak suke kalau beli kat kedai kadang-kadang jagung tu macam tak masak kukus sangat, keras, and tawar hebeh.

Oleh demi nak memuaskan hati sendiri, makanya AB buat la corn cup ni sendiri. Ni resipi campak-campak je ye. Hehehhe. Mungkin berbeza dengan yang dah pro.

Bahan-bahan 


  1. Jagung. AB beli corn kernel yang dah siap kukus dalam tin. 
  2. Susu manis
  3. Garam
  4. Mentega / Planta

Cara :
  1. Panaskan jagung. AB masukkan sekali air jagung tu sikit. And guna teknik double boiler (macam buat kek pulak)
  2. Bila jagung dah panas, masukkan mentega / Planta. Jumlah sukahati. Metega ni bagi rasa lemak-lemak masin gitu.
  3. Tambah garam ikut tahap kemasinan yang korang nak. 
  4. Letak susu. 
  5. Gaul-gaul sampai sebati. Rasa sikit kot-kot nak tambah apa-apa ke.
  6. Ok, siap!
Hihiihi. betul-betul resipi campak ni. Sukatan pon takde. Sebenarnya AB buat 2 corn cup. Satu edisi bersusu, satu lagi edisi berkeju. Yang edisi berkeju esok AB update. Nanti boleh klik >> SINI <<. Gambar AB belanja kat bawah ye.

Garam, Planta dan susu. Jagung tak sempat snap.

Macam AB cakap tadi, AB buat teknik double boiler. Jagung ni AB guna 1/4 tin je untuk yang bersusu and 1/4 lagi untuk yang berkeju. 

Tadaa..dah siap. Hehehe.. step yang lain tak sempat ambil gambar.





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment